Wednesday, November 3, 2010

Sinarnya Pasti Datang

Degup-degup jantung berdebar saban hari menghitung saban waktu yang bakal menjelang. Hidup umpama sebilas air di daun keladi. Hilangnya tidak meninggalkan kesan.

Deruan angin perkarangan Edinburgh bukan sahaja meniup ubun-ubun kebasahan bahkan meniup seribu semangat. Terlihat copak-capik si pejalan kaki di tebing-tebing jalan membawa bekalan dari Tesco, Farm Food dan juga Panini dari Buoguet King. Aku si pengemis di jalanan Nicolson street. Saban hari aku melihat manusia lalu lalang di sini. Ada yang menghumban secebis penny buat diriku. Ada juga yang sanggup menghulurkan 10 pound kepadaku. Aku hanya mampu melihat lalu lalang menunggu saban hari bilakah kekayaan bakal dikecapi.

Aku sedar aku miskin. Aku miskin tiada rumah, rumahku habis diambil orang, silaknat yang kononnya menuduh aku tidak membayar hutang piutang. Dusta! Itu semua dusta karangan rejim penindasan. Aku tidak mampu bersuara. Aku rasa kekok untuk bersuara di khalayak ramai kerna suaraku tiada siapa mendengarnya. Itulah aku si pengemis.

Pernah aku berkumpul dengan rakan sejawat denganku. Mereka juga tida mapu berbuat apa-apa. Apa salah kami kerna tidak mampu bangun semula? Ah! Kami ada hak! Kami dulu pernah kaya dan hebat! Tapi itu dulu pada masa kegemilangan kami, tapi sekarang kami papa kedana. Hilang kekuatan harta, wang dan ilmu. Hancur lebur kerana termakan dusta dunia. Sungguh kami dulu kaya.

Angin sejuk bersulamkan kedinginan menulutupi keheningan malam. Di situ terkial-kial si pemabuk malam yang jalan compang camping, jatuh tergolek laksana gajah tumbang ditembak mati. Bau hancing mula bertebaran. Budak-budak muda berambut perang lalu lalang di situ. Aku seorang pengemis. Aku tidur nyenyak. Biarlah mereka mabuk, biarlah mereka bising-bising, Aku tidak peduli, aku mau tidur nyenyak. Engkau ialah engkau, aku ialah aku. "Good Night!"

Besoknya cerah, aku terkial-kial bangun dari tidur. Ah, sudah siang lagi. Perut dijamah sekeping roti berkulat. Aku si pengemis. AKu tak mampu makan yang sedap-sedap. Aku sedar, aku tidak mampu bangun semula kerana aku lupa. Aku lupa akan sejarahku. Aku sedar aku tidak berusaha ke arat itu. Aku pengemis yang malas. Aku tidak yakin dengan masa depan yang cerah. Pengemis. Aku tida mahu lagi pengemis. Sinarnya pasti gemilang kembali.

Cahaya ufuk Meadows suram. Horizon langit kian gelap. Sang suria melabuhkan tirai. Menantikan sinar paginya besok yang cerah.

Amin Rox, Edinburgh, November 2010.





Blogger Templates