Saturday, December 26, 2009

Segway Jadi Igauan!!!

Tiga hari lepas saya telah pergi ke Langkawi bersama keluarga dan saudara-mara atas tujuan cuti bersama. Antara tempat lawatan kami ialah Gunung Manchincang (cable Car), Pantai Pasir Tengkorak (mandi-manda), Pulau Tuba (Rumah kawan ayah, makan Seafood), Pantai Cenang, dan tempat-tempat beli belah seperti Idaman Mahsuri dan Ismail Group.

Saya masih letih setelah tiba dari Jogjakarta, namun terpaksa sambung berseronok ke Langkawi pula. Tidak mengapalah, bukan selalu.

Setiba saya di Cable Car, Oriental Village, pada hari pertama, didapati orang berkerumun ramai macam mahu membeli tiket perlawanan bola sepak Manchester United VS Chelsea. (entahlah saya mana pernah tengok orang beli tiket MU VC Chelsea)

Jadi, harapan kami untuk naik pada hari tersebut berkecai seketika. Maka kami pulang kehampaan. Tapi, plan untuk naik itu tetap ada.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah, saya menemui satu kenderaan yang cukup menarik di oriental Village. SEGWAY!

Apa tu SEGWAY?? Adakah macam beca?? oh tidak..

Pertama kali saya diperkenalkan Segway ialah ketika melihat rancangan Mythsbuster. Melihat gelagat Adam (watak dalam Mythbuster) yang selalunya menggunakan Segway jika membuat suatu eksperimen. KAgum.

Saya kagum kerana kenderaan Segway hanya menggunakan dua roda!! Apakah? Bagaimanakah mekanismenya?? Nampak seronok! Cool! Saya tertanya-tanya.

Jadi, bagi anda yang tidak pernah melihat Segway, inilah gambarnya:



Hanya beroda dua, Segway mampu bergerak tanpa jatuh!



Ianya boleh ditunggang di mana-mana... Cool!


Maka, seperti yang saya kata, saya tidak melepaskan peluang menunggang Segwa di Oriental Village! Walaupun harganya agak mahal, iaitu RM 17 satu pusingan, pada saya ianya berbaloi.

Pengalaman menunggang Segway cukup mengagumkan. Anda pasti akan mencuba lagi jika menunggang sekali.

Saya pada mulanya kekok, teragak-agak,

"Macamana la benda ni nak gerak ni, Pemulas Minyak pun xda! Brek lagi ar. Takkan aku nak brek dengan kaki kot macam nek basikal??? "

Selepas diajar, dan diberi taklimat oleh seorang abang. Saya terus faham bagaimana mekanisme tersebut bergerak.

"Adik bengkok bada ke hadapan, ia bergerak ke hadapan, jika adik bengkok badan ke belakang, ia akan undur ke belakang.  Untuk Corner, twist kan pemegang ke kiri dan ke kanan, faham? "

"Faham-faham.."

Aku lantas teringat akan Gyroscope yang biasanya digunakan dalam Pesawat untuk mengimbangi pesawat. Ya! Ia menggunakan konsep sama. Tahniah kepada pencipta Segway. Biasanya dalam Pesawat kini, terdapat satu alat yg dinamakan gyroscope ataupun lebih dikenali sebagai gyro. Ia berfungsi menstabilkan kedaaan.




Berlatih-latih membiasakan diri dengan kawalan Segway.



Bila dah terer, pandang depan jer... Cool!



Badan perlu dibengkokkan untuk bergerak.


Akibat tak diajar cara turun dari Segway, Segway saya hampir melompat-lompat. :D

Sempat juga saya bertanyakan kepada petugas di situ, katanya Segway tersebut mampu bertahan selama 4 jam tanpa henti dengan hanya menggunakan kuasa bateri. Dan jarak yang boleh dilaluinya lebih kurang 40 km tanpa henti! COOL..

Dan saya akui, kuasa engine nya cukup kuat, walaupun mendaki bukit, dengan berat badan saya sekalipun, ia mampu mendaki dengan gagah sekali. Bunyi engine nya cukup mengagumkan. Tangkas dan kuat.

Terngin sungguh saya pada Segway. Jadi Igauan. Harga di pasaran bagi yang standard Segway lebih kurang RM 3000- Rm5000. Coooll!

Trivia: Saya hampir terbabas kerana hilang kawalan. (Apabila laju Jantung berdebar kuat, maka saya hilang mode segway, jadi mode basikal, Pusing2, tak juga corner) Nasib baik terlanggar sikit bahu jalan. Terus ditegur oleh petugas..Insaf2..

14 comments:

humaira said...

menarik!
satu ari nt akn ku naek. heheh. =3

Heidy said...

bt0l2!..menarik sggh..nk cuba satu hari nanti..

Wan Harun said...

aku nak naik gak :)

liyana said...

eyh. ramainya pg langkawi...ak br blk dr sna. jmpa syamin m08D kt jetty.

nyways, menarik segway tu. tk aci ak tk smpt naik.

Unknown said...

wo0o0
cambest je
tp 17 hengget
bleh beli kfc 3
ha3

Hidayatullah said...

amin.. caponezz tu ak.. ak lpe nk sign out abg ak nye
ha3

-yard

Amin Rukaini Mustafa said...

Humaira, Heidy n Syazwan: ya, aku mmg rekemen korang nek, fuh, layan!!

Amin Rukaini Mustafa said...

Liyana: haah ramai2,, time ak gi pun ada budak2 laki len gi gak..

Amin Rukaini Mustafa said...

Liyana: haah ramai2,, time ak gi pun ada budak2 laki len gi gak..

Amin Rukaini Mustafa said...

Yard: haha, aku ingat sape la caponezz tu.. ok2.

Rizal said...

pembetulan.. price segway is not RM5k sebenarnya harga untuk x2 RM 32,900 dan i2 ialah RM 29,800.. from rizal Segway Malaysia Port Dickson

Amin Rukaini Mustafa said...

oh, thanks bro for the info, i didnt know that. ok2!

Abang 5 said...

Sekarang Segway Fun Ride dah ada di Port Dickson. Lagi best, naik tepi pantai. Jom ke Admiral Marina Cove.....

saiful said...

layan jungle ride lagi syok .. ~