Wednesday, November 25, 2009

Pengalaman Aku Menunaikan Haji!

Semester 3 Exam Bakal Tiba
Sedar tak sedar, peperiksaan Semester 3 tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi. Selepas itu, bakal bermulalah perjuangan pelajar-pelajar cemerlang Kolej MARA Banting membanting diri di dewan peperiksaan. Walaupun sibuk dengan pelbagai tugas, aku akui bahawa Sem 3 merupakan Sem yang sangat mencabar bagi hidup seorang pelajar. Tapi aku berpendapat mungkin ada sebab aku diletakkan di tempat seperti ini. Banyak sungguh pengalaman dan ilmu diperoleh di ceruk-ceruk hutan kelapa sawit begini. Bernarlah kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan.


Cuti Hari RAYA AIDILADHA
Cuti umum baru sahaja bermula bersempena dengan sambutan Hari raya Aidiladha yang bakal tiba. Kebanyakan pelajar-pelajar KMB semuanya pulang ke rumah. Namun bagi yang jauh di perantauan, seperti aku, keadaan seperti ini adalah lumrah. Aku terpaksa berkorban melalui cara yang lain. Berkorban masa bersama keluarga tercinta. Bukan tiada duit nak pulang, tapi hendak bersedia menghadapi peperiksaan semester 3. "CHill Ar.. Sem 3 je kot.." Inilah kata-kata yang aku petik dari seorang rakan yang dikenali. Mungkin baginya Sem 3 tiada apa-apa, tapi aku melihat semuanya pada sudut berbeza, bukan meletakkan harapan tinggi tapi aku ialah aku bukan orang lain. 


Kejutan Facebook Notifications!
Seketika, aku masuk ke facebook. Banyak sungguh Nottifications kat tepi itu. Tertera di situ ialah angka 51 bererti terdapat lebih kurang 51 notifications yang belum aku lihat setelah baru sehari meninggalkan facebook. Aku lihat banyak sungguh komen, semua pasal "seksi, insaf, dan macam-macam lagi. Aku berasa sungguh saspen. Apakah gambar yang mereka komen itu sehingga aku juga terlibat sekali?? Apakah?? Tanpa menduga lagi, aku terus klik. Beberapa saat kemudian, tertera satu gambar yang benar-benar memeranjatkan aku! Inilah dia gambarnya!!



MRSM Langkawi mengajar aku banyak erti tabiyah


Terbahak-Bahak
Hahahahahaha. terbahak-bahak aku melihat gambar ini! Sangat sentimental bagiku. Ustaz Khairul Fahmi yang upload! Syukran ya Ustaz. Dan sudah pasti sangat Seksi, no comment please ! Yang penting semuanya menutup aurat. Wahai kaum perempuan, jika anda melihatnya, jaga sikit mata dan fikiran, jangan melayang jauh-jauh ok. :D


Ingatan Insaf
Tertera pada komen di bawah gambar itu: "wah ada juga orang yang upload gambar ini", maka Ustaz Khairul Fahmi membalas: " mana tau kut kut kamu terlajak, nanti tengok gambar ini insaf balik la" . Aku terbahak-bahak tahap gaban. Tak tahan lagi. Terbatuk-batuk aku dibuatnya.


MRSM dan Aku
Bukan aku ingin tayangkan gambar-gambar seksi ini, tapi ingin aku ceritakan betapa sentimentalnya dan nostalgianya gambar ini. Gambar ini diambil semasa aku tingatan 4 di MRSM langkawi. aku bersama-sama rakan seperjuangan yang lain sebenarnya telah masuk ke dalam satu pertandingan Menunaikan Ibadah Haji. Aku pasti semestinya kalian juga ada yang pernah terlibat bukan? 


Nostalgia Manis
Bagi aku gambar ini menggambarkan suasana cukup indah dan manis. Kami berlatih beberapa hari sahaja sebelum bertanding. Dengan kelengkapan yang serba tidak mencukupi, kurangnya latihan dan kefahaman yang mantap, tapi kami redah jua. Ustaz Khairul Fahmi menjadi guru pengiring kami. Kelihatan pda masa itu, kumpulan dari sekolah-sekola lain semuanya lengkap berpakaian dengan kerusi rodanya, begnya, pendek kata semuanya lengkap belaka. Namun ia tidak mematahkan semangat kami.


Kesejukan Melampau
Anda sudah tentu hairan di manakan berlakunya tempat ini bukan? Sebenarnya ia diadakan di kompleks sukan LADA langkawi. Di dalam dewan yang sangat besar dan berhawa dingin yang sangat sejuk. Hendak dijadikan cerita, pada malam itu, kami terpaksa tidur dengan berpakaian ihram tanpa seurat benang pun (kain ada la). bayangkan betapa sejuknya. Terketar-ketar, lebih ketar dari pesakit Parkinson. Aku tidak mampu melelapkan mata sepenuhnya. Kain perlu dipedo (bahasa kedah: dijaga), takut terlondeh. Malu weyh! Dah tu kena bangun seawal pukul 4 pagi untuk memungut batu untuk melontar besoknya di suatu tempat yang seakan-akan di Mudzallifah. Selepas itu kami merejam. 


Pengajaran Kepada Kaum ADAM dari Kaum HAWA
Yang kelakarnya, kaum hawa pula yang melebih. Kaum laki baling sahaja dengan terkumat- kamit bacaan melontar, tapi tiba giliran kaum Hawa, "AuZubillah..." dan terus melontar dengan sekuatnya, Gedeganng!!!! Pecah kesunyian malam itu. Kaum ADAM terkedu dan terkejut biawak (perumpamaan)! Kagum-kagum, suatu pelajaran yang perlu dibelajar oleh kaum Adam pada malam itu, jangan lembik nak baling!


Manik-Manik Keinsafan
Siang paginya, kami bertawaf. Semuanya perlu bergerak secara teratur kerana pengadilan diambil dari pelbagai aspek, keseragaman, kerjasama, tatacara dan lain-lain lagi. Hatiku sangat berdetik cemas bukan kerana takut disebabkan kesalahan tatacara tapi takut kerana aku berasa seolah-olah aku benar-benar berada di hadapan Kaabah. Walaupun Kaabah yang ada pada ketika itu ialah kaabah tiruan, lebih kuran 1/4 dari saiz sebenar. Menangis juga mataku. Menagis juga hatiku kerana insaf. Rindu dan syahdu. Aku lemah longlai, insan kerdil hina, keji di sisiMua wahai Sang Pencipta. 


Peristiwa Terlondeh
Setiba di tepi pancur emas, kami bersolat sunat. Pada ketika inilah satu perkara menarik berlaku. Jika aku tidak silap, SKOD, ihramnya telah terjatuh sedikit ketika bersolat.Maka terkantoilah sedikit susuk tubuhnya. Maklumlah dibelakangnya ialah makmum perempuan yang turut bersolat. Gulp!!!  :D  Pengajaran paling baik aku rasa: Jika pakai ihran ikatlah dengan baik-baik. Kalau tidak terlondeh malu!!!


Pengajaran dan Pelajaran 
Walaupun tidak menang, tapi sudah puas bagi aku. Banyak benar aku pelajari. Walaupun belum pernah secara rasminya aku menunaikan haji yang tidak melayakkan aku bergelar Haji Amin tapi aku sangat rindu suasana itu. Oleh itu, aku sangat rindu dan kalau boleh aku ingin sangat membuat haji seawal dan semuda mungkin! Doa-doakanlah. Aku ingin benar ke sana. Bilakah lambaian itu akan tiba. Aku menanti-nanti. Sempena bulan haji ini, aku harap kalian cuba menghayati erti dan hikmah haji, bagi aku haji sangat bermakna. kerna aku pernah melaluinya. Manis dan sangat manis! 


Pemuda dan Pemudi
Ingat, walaupun kita masih muda, tidak bererti kita perlu sampai tua, ubahlah pemikiran kolot itu, jika kita mampu, walaupun muda, ayuh kita buktikan generasikita bukan generasi yang procrastinate. Ada masa kita pergi, ada duit kita pergi. Kita pemuda pemudi, otot kita pejal, tenaga kita tenaga pemuda, berdarah panas yang mampu berjalan tegap! Ayuh! Pasang niat kalian, pasang! Lillahitaa'la.

6 comments:

Anonymous said...

hehehe.:)

jom haji!

jom planning mulai sekarang!:

kita kumpul duit banyak2 time tgh study kat oversea nanti, and inshaAllah kita fly sama2 and ramai2 ke tanah suci yang sentiasa dirindui itu. nak? jom3 wink3 ;)

Amin Rukaini Mustafa said...

Jom2!! AKu sokong!

surf-fix @ ibnu marzuki.. said...

amin seksi..huhu...jom g same2 nak...huhu

fieqa said...

salam, menarik cerita nie..

bagus nye ade program camni kat sekolah..
tak pernah dgr lagi kot before this..

yup, exactly.
ubahlah pemkiran kolot, dah tua br nak g..
insyaAllah,
moge Allah beri kita peluang ntok ke sana..

fieqa said...

btw, maat taufiq wannajah fil imtihan..
faidza azamta fatawakal alallah.=)

Amin Rukaini Mustafa said...

Fieqa: haah, mgkin x semua sekola ada, sgt bermanfaat sebenarnya sebab amali.

Yup, ayuh tanam niat ini dalam2.. Kita buktikan!