Sunday, May 24, 2009

Aku ialah Aku

Hati ini ingin berbicara tentang perkara yang lalu
Tatkala pada hening malam sebegini rupa
aku sepatutnya telah lali dionak mimpi indah.

Entah mengapa jua mataku masih gah berjaga
Ingin kembali mengimbau perkara yang lalu
Ingin kembali menginati apa yang telah berlaku
Aku sepatutnya menteliti sejak awal-awal lagi..


Banyak yang telah kulalui, diri masih mencari satu perjalanan yang indah, yang suci; Perjalanan yang ditujui kadang-kadang penuh jua dengan onak duri. Tiada siapa yang tahu melainkan Dia dan aku.

Semenjak perjalanan kujejaki, banyak yang menarik, macam-macam aku pelajari. melihat suasana berubah, aku jua perlu berubah. Aku teringatkan kembali zaman semasa aku masih berada di MRSM Langkawi, jiwaku masih suci, aku ketika itu ialah watak yang aku bina sendiri, dengan kegigihan dan ketekunan. Aku pada masa itu mampu berdiri sendiri, pantang mengaku kalah, dan pantang berundur.

Setelah SPM berakhir, perjalanan aku teruskan, akhirnya di sini jualah aku berhenti seketika. di KMB. Namun, kadang2 aku fikir, apakah perjalanan aku ini benar??? Adakan segala keputusan yang diambil ini tepat?? Tapi, tatkala masih ada yang bertanyakan suatu soalan yang bagi aku, aku telah gadaikan jiwaku deminya.


Biar aku berterus terang, kadang-kadang orang selalu bertanya, "Amin apsal ko x amek medic?". Soalan ini bagiku mempunyai makna yang tersendiri dalam diriku. Aku dahulu memang begitu minat dan yakin untuk menjadi dalam seorang doktor. Bahkan doktor dijadikan pilihan kerjaya yang utama. Namun semua itu hanyalah secebis bingkasan sejarah yang lalu.

Aku pernah termimpi dan terdetik dalam hatiku, " Perlukan aku menjadi seorang doktor kalau hanya sekadar ingin mendapat penghormatan dan gaji yang lumayan?", "Adakah untuk berjaya dalam hidup ini, aku mesti menjadi seorang doktor?" Berdentum hatiku memikirnya. "Ah! biarkan mereka bertanya, mereka tidak mengetahui." aku cuba menenangkan perasaan.

Bagiku, tiada yang lebih penting daripada keikhlasan dan jua kemurnian niat. Walaupun ianya dilihat seakan perkara yang remeh-temeh, namun ialah penyambung jiwa2 yang berjuang. Usah ditakut jika apa yang engkau cari itu memang wujud dan ada. Kelak engkau akan mengetahui.

Aku bisa mengatakan bahawa aku bukanlah insan yang hebat tatkala dirundum kesusahan, aku juga bukanlah sempurna, tapi aku punyai semangat juanga yang tinggi. Mengingati kembali sejarah yang lalu bukanlah jua cara penyelesian, melihat ke hadapan pun belum tentu menjamin kejayaan, penyerahan secara total tanpa usaha dianggap berputus asa. Apa yang penting ialah usaha dan pengorbanan, tiada jalan mudah dalam sen kehidupan. Allah bersama orang-orang yang bersabar..

Kelak, semuanya akan berubah. Matahari bertukat ganti. Siang bertukar malam. Bangunan mencakar-cakar. Masa berlalu ibarat putaran kipas, tiada henti-henti. Semuanya akan berubah. Namun aku tetap aku.





9 comments:

al-ikhsan said...

wah, comelnya layout baru kau ni amin! serius comel!

=)

anyway, aku rasa aku jauh lebih suka layout baru nih compared dengan yang lama.

lebih sophisticated, lebih sleek and clean, lebih profesional. anda hebat! d(>,<)b

p/s haha, gaya cakap takbolehbelah. macam motivator pon ada da~

akmal hayat said...

>> to al-ikhsan
haha..amin ni salah sorg anak murid aku yang berjaya dididik..

sbb tu gaye bahasa cantik..ngehee

>> amin
tika waktu itu terus berlari dan kita terkejaran, aakhirnya terzahir jua malah lebih transperensi pada kali ini bahawa...

bakatku sudah sedikit2 diambil olehmu amin rox~ hahaha

Amin Rox said...

To ikhsan, thanks ikhsan..



To akmal hayat, woit, perasan!
ni bakat terpendam aku ar, xda kena mengena dengan ang la. mmg x ley belah..

akmal hayat said...

acecey..nk cover

mmg x kenang jasa..
jgn amin~kang nnt ilmu x berkat~
hahah

dh laa teachers' day x wish pape kt ak~

Amin Rox said...

haha,ni first time aku dengar ada 'cikgu' perasan mengaku berikan ilmu. aduhai, dunia2.. haha, dah lah tu, suruh aku wish kat ang lak waktu teacher's day, pergh..

nice la akmal!

scorpie team A said...

cukup2 ape gado2 ni.
x berkat ilmu aku bagi korg nnt. hehe

Yard said...

kat kmb amin terpengaruh dgn ak jgk
jln2 gi bintang walk
br ko tau kan amin.. jual arak mcm amek air kat ds je
ha3

Amin Rox said...

Alamak, scorpie team lagi. Dah nek nyampah.. ada pe la sgt ngn scorpie team nih..

Untuk pengetahuan, aku da mula jadi anti-scorpie team..

Amin Rox said...

yard... shh..
btol3.. mcm amek DS, kadang2 air x kluar, sebab pili tong tersebut. penuh keladak, haha.

Neway. sesekali terjun dalam masyarakat pe salahnya.. tahu juga pe yg berlaku. walopun terpaksa merayau smpai pagi, tido di masjid.. kui3