Saturday, August 30, 2008

Petani Profesional

Membuat persediaan sebagai seorang pelajar yang bakal mengejar dan menceburi dalam bidang bioteknologi bukanlah semudah yang disangkakan. Setiap tindakan yang diambil merupakan salah satu usaha untuk mencapai satu cita-cita mahupun impian. Berada Di Kolej MARA Banting banyak mengajar aku tentang erti pengalaman dan keberanian. Entah apa yang aku ingin ceritakan, tetapi kisah ini berkisar tentang kehidupan aku yang tidak lari daripada sebarang perkaitan antara satu sama lain.


"Apa tu bioteknologi?" , "Banyak ke peluang pekerjaan nanti?", " Amin, ko (kamu) x risau ke tentang masa depan ko (kamu) ? ". Inilah beberapa kerat soalan yang menerpa terhadap diriku ini. Bagiku, soalan-soalan seperti itu telah terbiasa mengena pada diriku. Aku yakin, setiap pilihan yang dibuat pasti membuahkan hasil yang hebat jika kita sentiasa ikhlas dalam melakukan apa jua tindakan. Aku tidak kisah jika orang memandang serong terhadap profesion ini, kerna bagiku, jika aku tidak mengambil bidang ini, siapa lagi yang akan akan memecah jurang fardhu kifayah antara umat-umat lain. Dan aku jua yakin aku pasti mampu menanggung bebanan ini dengan usaha, doa, dan tawakal yang istiqamah.


Ramadan hampir tiba, minggu lalu, aku telah mula bergiat aktif dalam kelab Bio-D, sebagai tapak pemula kerjaya aku. (aku fikir). memegang cangkul selama lebih kurang sejam membuatkan aku terlupa akan dunia fana dan teringatkan akan kesusahan yang dialami oleh para petani. betul-betul menginsafkan. Buka sekadar hendak mendapatkan CAS hour, tapi apa yang lebih penting aku dapat merasai kepayahan itu. Menginsafkan, menimbulkan smengat baru untukku membantu para petani, biarlah suatu hari nanti mereka akan kugelar sebagai petani moden.

Aku bersama-sama KN telah turun ke kawasan biasa aktiviti ahli kelab Bio-D pada waktu petang. Kami memulakan tugas dengan mengcangkul rumput-rumput dan lalang yang menghalang pertumbuhan pokok semaian kami, iaitu pisang tanduk.



Mengcangkul rumput-rumput, kerja yang meletihkan, dan memeluhkan, rasanya kalau berjoging pun x berpeluh seperti mengcangkul nih.
KN dan Syafik sibuk bekerja, (barangkali KN sedang berposing ala-ala keletihan di kala ternampak aku ingin mengambil gambarnya.
Posing yang amat menarik, muka-muka ceria kerana kerja telah selesai.
Aik?? tukar posing..Nelson, aku dan syafik.. (gambar ini perlu diambil-boleh dijadikan bukti bahawa kitaowang hadir bekerja pada waktu tersebut.. :)


Pada malam itu, aku tidur dengan nyenyak sekali kerana terlalu letih. Nasib baik. pinggang aku tidak buat hal. Syafik mengadu padaku bahawa pinggangnya sengal-sengal.. Syukur..

0 comments: