Sunday, December 20, 2009

Travelog Jogjakarta FishForLife3


 Badan saya terasa letih teramat hari ini. Semalam aku terjaga dari tidur, bangun-bangun rasa meloya dan terus muntah-muntah. Perut rasa tidak selesa, rasa mual. Mungkin saya terkena impak jetlag agaknya, kata seorang teman. Mungkin ya, walaupun hanya travel 2 jam 30 minit ke Jogjakarta, jam biologi saya terus berubah laju. Bayangkanlah, bangun subuh di Jogja pukul 4.30 pagi. Solat Zohor pukul 12.00 tengahari. Sememangya aku terasa pening sangat. Entahlah, terasa agak malas juga untuk update blog ini, tapi disebabkan atas permintaan teman-teman, aku gagahi juga.

Kenangan Manis
Sebelum aku masuk menceritakan dengan lebih lanjut, aku ingin perkatakan bahawa, trip saya ke jogjakarta merupakan satu kenangan terindah dalam hidup. Banyak sebab-sebab saya katakan ianya sebagai kenangan terindah. Nanti saya kupaskan serba sedikit pengalaman-pengalaman tersebut.

Secara kronologinya, saya mula tertarik untuk masuk ke FishForLife3 disebabkan saya diajak oleh kawan saya sendiri. Entah bagaimana, saya telah terpilih untuk terus menyertai program tersebut setelah beberapa kali menghadiri sesi interview yang diadakan.

Ketibaan di Jogjakarta


Pesawat Boeing 737 mendarat dengan selamat walaupun mengalami sedikir air turbulence

PEsawat yang kami naiki tiba di Jogjakarta dengan selamat pada jam lebih kurang 12.30 tengahari waktu tempatan. Semasa pendaratan, pesawat kami terawang-awangan mungkin kerana wujudnya Turbulence yang kuat di Jogjakarta. Tambahan lagi, landasan lapangan terbang di Jogjakarta agak pendek. Maka pesawat terpaksa mendarat dengan cepat. Akibatnya, dua orang sahabat saya iaitu Rozaimi dan juga Muadz telah mengalami sakit kepala yang teramat. Hal ini disebabkan oleh tekanan yang terlalu tinggi sehinggakan telinga terus berdesing. Saya pernah jua mengalami kedaan yang sama semasa penerbangan AirAsia ke LCCT pada suatu ketika, sangat memeritkan.


Muadz mengalami sakit kepala selepas pendaratan


Darul Yatama
Setiba di Lapangan Terbang Jogjakarta, kami terpaksa melalui beberapa peperiksaan kastam Indonesia. Dalam keadaan yang hiruk pikuk, seorang kastam telah menahan satu bungkusan yang mengandungi Ubat Gigi Colgate yang ditaja khas oleh Syarikat Colgate-palmolive. Aku terasa berdebar-debar juga, namun selepas inspection, ternyata ianya bebas dari sebarang penyeludupan dadah. Kami kemudiaanya dibawa oleh sebuah bas, yang saiznya agak sederhana. Darul Yatama, saya pada mulanya bingung memikirkan gambaran sebenar keadaan sebenar darul Yatama. Sejauh manakah kedaan mereka? Miskinkah? Semua persoalan yang datang bertubi-tubi ini akhirnya terjawab oleh mataku sendiri. Kami tiba di Darul Yatama dan paluan kompang dan Rebana kedengaran.

Hatiku sebak. Tiada kata-kata dapat diungkapkan, hanya sekadar mampu melihat dengan linangan air mata. Beginilah agaknya perasaan Rasulullah semasa disambut oleh penduduk Madinah pada suatu ketika dahulu. Mungkin lebih hebat aku rasa.

Selepas menjamah makanan, yang aku ingat, kami disajikan Pisang Lengat, Buah Salak, dan beberapa bungkus kacang. Kemudian selepas berkumpul, kami berkenalan dengan anak-anak yatim. "Kalian bisa panggil saya Mas Amin ya.." aku memperkenalkan diri. "Amin..ya rabbal Alamin.." kedengaran suara-suara kanak-kanak di situ mengungkap perkataan amin. Aku tersenyum kaget.


Sesi memperkenalkan diri sendiri


Kemudian kami mengajarkan kepada mereka tentang food piramid. Kami juga menyerahkan ubat gigi Colgate dan juga berus gigi kepada setiap anak-anak yatim. Semuanya berasa sungguh gembira. Petang sore, kami pulang hotel Molioboro.

Malam Di Jogjakarta
Sebagai ringkasan bagi malam-malam di Jogjakarta, aku tidak perlu menceritakan dengan panjang lebar, cukuplah dengan perenggan yang ini sahaja. Malam di Jogjakarta bagi kami ibarat syurga membeli belah. Kami tinggal di Hotel Mutiara Molioboro yang terletak di Main Road Jogjakarta. Segala macam barang dijual di situ. Serbaneka cenderamata boleh didapati dengan senang. Pada malamnya, kami akan keluar membeli-belah, makan-makan, dan juga tidak kurang berhibur secara sederhana. Itu sahaja peluang yang kami ada, kerana besoknya tugas berat menanti. mahu tidak mahu, malam itu kami perlu rehat sebentar dan bersedia untuk paginya. Seperti biasa, setiap malam satu meeting akan diadakan. Meeting ataupun brainstorming untuk hari besoknya. Segala perancangan dan plan dibuat pada malam tersebut juga. Semua
perlu dirancang dengan teliti. Pecah keheningan tatkala meeting dimulakan.

Hari kedua: Lawatan ke SMA Negeri 1 Ngempelak
Hari ini kami ke SMA Negeri 1 Ngemplak. Tiada aktiviti dilakukan melainkan sedikit survey akan kedaan di situ. Tambahan lagi, kami diberitahu para pelajarnya sedang menduduki ujian. Maka kami tidak berkesempatan untuk bersama mereka. Maka,tujuan utama kami pada hari itu ialah membuat observation akan keperluan-keperluan yang diperlukan.


Mas Yasir bergandingan dengan Mas Rick mendedangkan tarian poco-poco kepada guru-guru



Melihat salah satu ruang perpustakaan baru


Petangnya, kami bergegas dengan kerja masing-masing, membeli barang yang disenarai pendekkan. Antaranya ialah, Television Plasma, Set HiFi, bantal-bantal. Kami semua telah bersetuju untuk memberi sumbangan untuk menaiktarafkan perpustakaan yang ada di SMA Negeri 1 tersebut. Perpustakaan yang dicadangkan ialah ala-ala Fun Room di KMB. Ada TV, bantal dan boleh bersantai-santai.


KelihatanWawa terpaksa duduk bersama barang-barang di dalam beca. Macam model pulak.

Keseluruhan hari Kedua, kami banyak menghabiskan masa mebeli barang-barang di kedai untuk sumbangan. Saya pula perlu bersiap sedia dengan barang-barang untuk aktiviti Math And Science Day aygnakan diadakan di Sekolah tersebut.



Kereta Kuda, aku tidak berkesempatan untuk mencuba.

Hari Ketiga di SMA Negeri 1 Ngempla: Math And Science Day
Paginya, setiba di SMA Negeri, selepas berkenalan bersama lebih kurang 60 orng pelajar, kami memulakan aktiviti pertama di situ, iaitu pengenalan Game Ultimate Frisbee. Alhamdulillah, kami yang dianggotai oleh empat orang ahli frisbee termasuk saya sendiri yang sememangnya pakar dalam selok belok frisbee mampu mengajar kesemuannya. Dengan bantuan Bella sebagai jurubahasa, semuanya berjalan lancar. Masing-masing dimasukkan ke dalam kumpulan tertentu dan proses pembelajaran berjalan dalam kumpulan. Sungguh kagum melihat pelajar SMA Negeri 1 bermain. Hanya baru sejam diperkenalkan, mereka sudah mahir dan tangkas memasukkan gol! Tahniah!


Perlawanan Ultimate Frisbee, tangkas dan cekap!



Usai Clinic Frisbee, kami bersambung dengan Math and Science Day. Ianya bukanlah satu acara yang grand dan gempak, namun dengan masa yang singkat dan limited, para peserta dikehedaki menyiapkan tugas yang diberikan kepada mereka dalam kumpulan masing-masing. Tahniah buat Kumpulah 3 kerana berjaya menjuarai acara tersebut. Apabila ditanya tentang taktik yang digunakan bagi melindungi telur daripada pecah, mereka menyatakan menggunakan konsep BULU BABI (Landak laut).. :P Kagum.



Aktiviti berkumpulan, menyelesaikan masalah yang diberi


Sesi penyampaian Hamper kepada pemenang, kumpulan Yasir mendapat kejuaraan


Borobudur Satu Keajaiban Dunia



Bergambar di hadapan Candi Borobudur, saat yang sukar dilepaskan

Petangnya kami pulang awal. Destiansi seterusnya ialah Candi Borobudur. Walaupun tiada dalam jadual kami, namun atas permintaan ramai, kami bersetuju untuk pergi ke Candi Borobudur. Candi Borobudur ialah candi Buddha yang menempatkan beberapa monumen melambangkan sesuatu makna. kami ditemani oleh seorang tour guide, menceritakan latar belakang candi tersebut. Bagiku, candi borobudur samalah seperti sebuah kitab yang mana penganut Buddha perlu menaiki candi tersebut sambil membaca dan memahami gambar-gambar yang terukir sepanjang perjalanan. Saya sangat kagum dengan arkitekturnya yang ternyata mengunakan konsep geometri yang mantap.


Bergambar sebelah Stupa (patung di dalamnyayg dikenali Stupa kononnya jika disentuh dapat memenuhi segala permintaan)
*P/S kurafat


Gambar yang menceritakan tentang cerita Buddha, saya sukar memahami.



Trivia : RickHazzle (AJK keselamatan) telah hilang dari kelompok FishForLife3 kerana 'diserang' oleh penjaja jalanan. Semua kerisauan, namun akhirnya ditemui juga.

Keasyikan Nasi Padang
Ya, kami berkesempatan singgah di Restoran Nasi Padang. Lauknya sangat banyak. Cara makannya senang, pelbagai jenis lauk pauk dihidangkan di atas meja, Charge akan dikenakan hanya ke atas lauk-pauk yang disentuh sahaja. Lazat dan enak!


Nasi Padang, beraneka jenis lauk pauk!


Darul Yatama: hari Keempat
Pada hari keempatnya, kami tiba dengan barang-barang yang sudah dibeli. Saya, Rick, Yasir, Syazwan,Fazu dan Illya mengambil tugas menyiapkan bilik baru yang baru dibina. Cat warna hijau telah dipilih. Ruang dalam telah diambil alih oleh Rick dan Syazwan. Manakala saya dan Yasir bertungkus lumus menyiapkan ruang di bahagian luar. Sehari suntuk, semua kerja mengecat siap sepenuhnya. Yang tinggal hanyala bahagian lantai yang perlu diletakkan Linolium (tikar Getah).

Mengecat rumah atau diri sendiri?? Badan saya penuh dengan cat.


Kelihatan Muadz dan beberapa kawan lain sedang menyiapkan ruangan Library corner.


Persembahan dari Anak-anak cilik yatim, teringat kepada taska sayangku.

Petangnya, kami adakan satu program membuat sandwich. Sambil makan kami bermesra dengan anak-anak yatim. Semuanya nampak gembira kerana bukan selalu mereka dapat makan sedemikian rupa. Biasanya, makanan rutin mereka hanyalah ikan goreng dan jarang-jarang sekali dapat makan makanan di dalam tin ataupu roti.




Sebelum makan, praktikal cara basuhan tangan yang betul.



Saya mengajar mereka membuat Tripple Sandwich (tiga lapisan baru puas) hehe..


Gelagat Yasir setelah ditinggalkan bas. Masing-masing tidak sedar bahawa Yasir masih belum menaiki bas. Nasib baik Rick perasan. :D


Masalah Menerpa
Setelah kira-kira akan kewangan, didapati terdapat banyak lebihan sumber kewangan yang belum digunakan lagi. Maka, pada lewat petang itu, meeting tergempar diadakan. Resolusinya, kami terpaksa menambah barang-barang donation lagi bagi menggunakan sepenuhnya duit lebihan tersebut. Pagi besoknya, masing-masing bergegas mencari barang-barang yang telah diamanahkan. Aku mencari beberapa batang mop dan pencuci lantai untuk digunakan nanti di Darul Yatama.

Mr Siraj memberi cadangan agar kami membeli sebuah Sepeda (basikal) untuk Darul Yatama dan juga tambahan sebuah set Hifi dan juga tambahan rak-rak. Kami turut mendapat bonus, iaitu duit kami sendiri yang dipulangkan kembali kerana lebihan. (kami membayar juga duit sebelum pergi atas sebab berjaga-jaga)

Hari Terakhir: Darul Yatama
Hari ini kami lewat tiba di Darul Yatama kerana memberi peluang untuk kami membeli barang-barang yang perlu ditambah. Kami tiba di sana pada tengah harinya. Menyambung kembali kerja-kerja yang belum siap. Lantai dibasuh sebelum Linolium dimasukkan. Saya dan Yasir berjaya memuatkan Linolium! Walaupun penat tapi iainya berbaloi, bak kata yasir: Good JOB!


Menggunakan Mode Landskap, menggambarkan bilik baru yang dibasuh sebelum dihamparkan linolium.

Sebelum pulang, barbecue ringan telah diadakan. Kami memanggang ayam, ikan-ikan, dan sotong. Menurut soal jawab dengan seorang anak yatim, saya dapati mereka jarang makan berlaukkan ayam. Jadi, setelah diadakan BBQ tersebut, masing-masing kelihatan begitu gembira dan senang.


Beratur untuk mengambil makanan, Barbeku.

Tangisan dari Hati,Selamat tinggal Kalian
Sebelum pulang aku sempat bermesra dengan dua tiga orang anak yatim. Yang aku ingat ialah Ikhwan, berumur sembilan tahun, masih muda. Tapi percakapannya cukup matang. Aku kagum melihatnya. Sebelum pulang, beliau datang kepadaku dan mendakap aku dengan penuh perasaan. "Mas Amin..Jangan pulang...Mas Amin" kedengaran sedu sedan keluar dari mulutnya. Hatiku menangis terus. Aku menangis, Tiada siapa tahu, hatiku terus menangis. "Kita terpaksa berpisah di sini ya ikhwan.. belajar rajin2.." aku berbisik kepadanya. Aku terasa seolah-olah mendakapi adik kandungku sendiri walaupun pada realitinya aku tiada adik, tapi aku amat berharap mempunyai seorang adik. Sedih dan Pilu.
Setelah bersalam-salaman kami pulang. Rasa puas hati, berbaur keletihan.

 Shopping!
Ya, malam itu malam terakhir. Bonus ditambah lagi. Maka aku pu turun bershopping. Semua cenderahati sudah dibeli kecuali untuk diriku sendiri sahaja yang belum. Maka aku hanya membeli sepasang kasut sukan yang berharga lebih kurang 199 ribu rupiah berjenama Lotto. Cukuplah. Aku bukan kaki shopping. Harapnya dengan kasut sukan itu, cuti aku nanti, boleh juga aku jogging2 di rumah.

Kepulangan ke tanah Air
Besoknya, pesawat yang kami naiki berlepas pulang ke KLIA. Perjalanan aku sudah tiba ke pangkalnya. Aku rehat sebentar di rumah abangku dan kemudiannya mengambil firefly Dari Lapangan Terbang Subang  ke Lapangan Terbang Alor Star.


Pesawat FireFly ATR yang dinaiki

10 comments:

liyana said...

nice post amin. btw, students sma n1, ngemplak sampaikn salam bwat semua.

Heidy said...

besh plak tgk k0wg kt sne...haha..klaka tgk yasir kene tggl..=p

Amin Rukaini Mustafa said...

Liyana: ya..wah rindu sama mereka embak!

Amin Rukaini Mustafa said...

Heidy: haah, sgt kelakar, time yassir kena tinggal, semua pakat ambil gmabar and rakam video.. hehe.

Handsome Traveller said...

Amin.. congratulations.. atas kejayaan membina perpustakaan ala ala FUN room.. one more thing , bleh x amin tolong explain kat hisham ekonomi mereka? adakah seperti Malaysia..

Amin Rukaini Mustafa said...

ya, welcome shams.

basically main economi diowag fokus kpd pertanian and pelancongan la. kalo perniagaan tu kurang, kalo ada pun just jalanan begitu shaja.

Compare ngn malaysia, kita lebih maju in term of byk perkhdmatan y berkualiti, pertanian kita lebih maju dengn teknologi dan terancang.

exchange rate: 1 rm = 2777 rupiah gitu.

But then, mengikut statistik, economi mereka semakin meningkat compare to last three years, manakal ekonomi kita (GDP) merudum.

catch.some.rays said...

amin, translate je post ni, dah boleh jadi overall self reflection..cuma tambah sikit2 je...heheheh..nice post!!! rindu~

Amin Rukaini Mustafa said...

Illya: agak la, haha tak terfikir lak. Hehe, rindu bangat!

aloppz said...

good job u guys!!
cam best jerk... huhuhu

Amin Rukaini Mustafa said...

Alopzz: Sudah tentu. :)