Thursday, October 21, 2010

Hidupkan Suasana Belajar dan Bekerja

Malas oh Malas
Ramai orang hari ini masih terpinga-pinga mencari jalan penyelesaian akan masa yang dihadapi dalam mengatasi kemalasan untuk belajar. Rata-ratanya sudah pasti bagi mereka yang baru memulakan pelajaran setelah berbulan-bulan cuti bahkan ada jua yang masih malas setelah berbula-bulan dan bertahun-tahun di alam pembelajaran.

Mengapa jadi begini?

Saya simpulkan bahawa, hampir 60 % disebabkan tiada suasana belajar dan bekerja yang positif. Faktor ini meyakinkan saya kerana suasana mempengaruhi minda seseorang. Hal ini dibuktikan bagaimana keadaan yang tenang dan selesa mampu memberi impak yang positif terhadap cara pembelajaran. Sebaliknya, bilik yang bersepah dengan menja belajar yang kucar-kacir sudah tentu merumitkan otak.

Mulakan dari Bilik

Saya merupakan seorang yang Particular terhadap suasana bilik dan susun atur. Ianya lebih memberi impak yang stabil terhadap pemikiran saya. Meja seolah-olah tempat perancagan yang paling terbaik, di situlah jua segaa strategi di atur. Seorang Komander ataupun Emperor sememangnya perlu merancang sejauh mungkin dengan teliti dan bertindak mengikut keperluan kerana beliau tahu sasarannya ialah kejayaan tahap maksimum.

Aplikasi
Taktik perancangan dan plan yang strategik bukanlah hanya semata-mata untuk akademik. Bahkan meluas sehingga digunakan dalam amal ibadah sekalipun. Sejarah membuktikan bahawa penrancgan yang rapi dan jitu menjadi wadah kejayaan, manakala ketidakaturan dan tidak sistematik memberi padah kepada tamadun. Ingat, sistematik.

Target dan Peribadi
Saya cuba menyimpulkan bahawa target seseorang mempengaruhi peribadi. Sangat jelas dan terang. Jika seseorang itu bercita-cita untuk berkahwin contohnya (tiada contoh lain ker?), maka segala tindak tanduknya pasti ke arah jurang perkahwinan. Mungkin bertunang ker. Inilah yang ingin dimaksudkan dengan Hadis pertama himpunan hadis 40, cumanya kadang-kadang bila sesetengah individu salah memahami, maka idea dan nasihat yang sebenar tidak dapat didapati. Niat is Target.

Moga terus berjaya! ^_^

Meninjau rumah & bilik saya di Edinburgh

 Katil dan Duvet, sangat sedap untuk tidur, Revitalising.

 Medan Persediaan Seorang Emperor

 Pada waktu senja di Meadows, Berkejaran ufuk horizon yang mula pudar

Kusangkakan senja menyepi, muncul pula sang pelangi tinggi, Indahnya ciptaan tuhan.
Blogger Templates

0 comments: