Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Tarbiyah: Oh Kering!

Apa yang anda akan buat jika bateri iphone anda kering kemerahan? Dan apa yang akan guna dengan power yang dijana itu? Letak dalam almari atau guna sepuas-puasnya? Persoalan mukadimah.

Erti Secebis Usrah
Bagi anda yang pernah merasai duduk di dalam Usrah demi kesinambungan tarbiyah, anda pasti mudah memahami konsep 'Kering' ini. Tambah-tambah lagi jika duduk di perantauan yang mana lokasi anda sangat jauh dari orang lain dengan minoritinya orang Islam dan rakan-rakan yang sangat limit. Ataupun mungkin barangkali anda menganggap usrah ini tiada apa-apa nilai dalam hidup anda, mungkin tidak pernah melalui lagi kemanisan warna warni usrah yang selalunya kita fikir membosankan dan membazirkan masa.

Dedaunan Hijau di Tanah Kering
Bagi saya Usrah itu sangat penting. Berada di sebuah negeri yang subur hijaunya dengan dedaunan dan bunganya, tapi awas kering tanah tarbiyahnya; usrah memainkan peranan hardcore dalam menggerakan jiwa-jiwa dan hati yang seringkali lupa dan tergesa-gesa dan gelisah, merasai keluh kesah akan susah payah yang dilaluinya tiap-tiap hari. Allah berfirman dalam surah Al-Balad ayat 4 yang berbunyi: "Sungguh kami telah menciptakan manusia berada dalam keadaan susah payah". Sungguh ironis bagi jiwa manusia yang seringkali berada dalam kerisauan dan bersusah payah mampu merasai kesenangan jiwa tanpa ada istirahat yang membangunkan jiwa. Jelasnya, usrah menjadi pemangkin kepada mengetuk hati yang lupa setelah penat melalui hari-hari yang meletihkan dan susah payah. 

Berilah Peringatan
Bila dengar taujihat (motivasi) ataupun nasihat daripada rakan usrah mahupun daripada naqib ataupun naqibah, jiwa yang sebelum ini lali selalunya akan tersentak seketika. "Ah, selama ini aku ralit dalam permainan dunia". Nasihah dan taujihat itu satu perkara yang penting kepada pembangunan sumber manusia. Allah SWT menyatakan dalam beberapa ayat di dalam Alquran akan peri pentingnya peringatan. Dalam surah Al-A'la ayat 9: "Oleh sebab itu berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat". Kadang-kadang kita alpa dengan apa yang kita minati di dunia ini, bercakap soal gadgetnya, soal mahu beli kereta mewah-mewah, mahu beli rumah besar, mahu beli kamera DSLR yang hebat-hebat. Bahkan semua ini adalah bicara normal bagi golongan muda seperti kita, normal. Tetapi jika selalu membicarakan soal dunia semata-mata lantas mengabaikan hakikat sebenar kejadiaan, hati mulalah menjadi keras. Daripada boleh menangis mendengar ayat-ayat suci Allah sampailah bila dengan ayat Al-Quran dibacakan sudah macam tiada apa-apa lagi. Sampai sebegitu rupa. 


Hati yang Bergemerlapan
Imam Al-Ghazali Rahimahullah pernah berkata mafhumnya: hati kita ini ibarat cermin/berlian yang jika tidak dicuci akan dipenuhi debu. Dan jika debu ini makin tebal maka cahaya yang datang iaitu hidayah tidak mampu dipantulkan lagi dan hilanglah gemerlapan pada hati kita. Dari situ ianya akan kelihatan seolah-olah pudar lagi memudarkan, cahaya yang datang tidak lagi menyalakan sebarang gemerlapan. Tetapi cuba bayangkan bagaimana pula jika berlian ini digilap baik, maka akan bergemerlapan berlian tersebut. Begitu jugalah hati, jika seringkali kita mengotorinya dengan dosa-dosa kecil, maka saban hari cahaya hidayah tidak mampu lagi menembusinya. Tiada cara lain untuk mengembalikan gemerlapannya melainkan dengan membersihkannya kembali dengan cara berzikir, mengingati Allah, mendengar nasihat dan pengajaran yang baik. Orang lain tidak boleh tahu sama ada hati kita bergemerlapan atau tidak, peliknya hanya kita sendiri yang mampu menentukannya. Jika dulu kita rajin ke Masjid solat jemaah, tetapi hari ini mula rasa malas, maka indikatornya kita sendiri yang boleh tahu. Usrah mampu membersihkan hati kita dari kekotoran tersebut mungkin bila hari bekerja/ berkelas kita sibuk, tetapi bila usrah masing-masing akan reflect semula atas apa yang telah dilakukan beliau pada hari-hari yang lalu.

Ah Bosan!
Ada orang kata Usrah ini bosan. Dengar ini, anda mungkin tidak pernah merasai betapa bosannya hidup di suautu tempat yang mana suasananya sangat bosan melainkan dengan usrah sahaja akan hilang kebosanannya. Di tempat yang mana tiada komuniti rakan-rakan yang ramai, di situ anda akan mula memahami peri pentingnya usrah. Sudah tentu anda tidak mampu merasainya jika di sekeliling anda sekarang suasananya meriah penuh dengan rakan-rakan dan teman-teman sperjuangan, tetapi awas jangan sesekali merasai bahawa usrah itu membosankan. Percayalah, yang menyebabkan wujudnya kebosanan itu datangnya dari diri sendiri dan ahli-ahli. Yang menceriakan keadaan adalah individu-individu di dalamnnya bukan tugas naqib mahupun naqibah. Kadang-kadang konsep mudah ini kita lupa. Saya seringkali teringat semasa zaman-zaman MRSM dahulu, bila kami satu pasukan ingin bertanding sesuatu acara ataupun pertandingan, maka ketua kami akan mengingatkan: "Seronok atau tak seronok game ini bergantung kepada suasana yang kita cipta. boleh jadi kalau kita terlalu serius ingin menang, suasana menjadi tegang lantas lama-lama menjadi bosan dan hilang semangat, tetapi jika kita mahukan keceriaan, kitalah yang perlu menciptanya, kerana kemenangan hanya sementara tetapi suasana ceria dan meriah bersama itu kekal selama-lamanya dalam memori!". Begitu jugalah Usrah.



Kaki Lari
Bagi kaki-kaki yang suka larikan diri dari Usrah. Anda mungkin mahu lari sebab hari ini takut-takut naqib/naqibah akan cerita perkara yang membosankan ataupun mungkin juga disebabkan anda risau tugasan anda belum disiapkan ataupun mungkin juga risau prestasi mutabaah yang teruk diketahui oleh naqib. Jika itu yang anda takutkan, fikirkan kembali akan hidup anda. Setiap apa yang anda buat melambangkan disiplin anda dalam kehidupan, mungkin hari ini anda mula lari dari Usrah, lama-kelamaan habit ini bakal meresap juga dalam pekerjaan anda, hari ini mungkin anda boleh menyebabkan naqib/naqibah anda terasa hati sahaja, tetapi awas nanti bila kerja boss anda bukan sekadar terasa hati, bahkan dia boleh pecat awak bila-bila. Maka fikirkan kembali. Latihan perlukan konsistensi. Untuk menjadikan ianya sebahagian dalam prioriti anda, anda perlu sedar apa itu erti usrah dan impaknya dalam hidup anda. Disiplin itu mampu dibina jika anda mampu mengambil cabaran. Sedikit-sedikit, lama-lama akan menjadi sebahagian habit anda juga. 

Bisikan yang Melalaikan
Usah tewas dengan bisikan yang seringkali menyebabkan anda terasa kering dan tidak bermaya lagi. Itu semua adalah bisikan syaitan yang suka manusia bermalas-malasan. Jangan berputus asa! Jangan rehat terlalu lama, kelak susah untuk anda kembali ke jalan yang sedia ada. Mulakan langkah di saat anda mula merasa malas dan lawan dengan pemikiran yang rajin. Syaitan sangat mudah mengalah dengan orang-orang yang istiqamah dan tidak mudah berputus asa kerana sifat syaitan itu sendiri yang mudah berputus asa. Fokuskan kembali gerak langkah anda, atur semula tindakan yang boleh dilakukan, dan cuba tinggalkan sedapa upaya segala perkara yang menghalang anda dari terus menjadi individu cemerlang. Individu cemerlang ialah mereka yang mampu mengenal pasti kelemahan mereka dan mereka berusaha membuangnya dan menggantinya dengan kekuatan yang mereka miliki. Dan hak untuk berjaya itu wujud pada segenap individu, ianya hanyalah persoalan membuat keputusan dan arah tuju. Semua orang boleh berubah, mahu ataupun tidak mahu.

Kembalilah segar Bugar!
Bayangkan di suautu tempat tanahnya kering kontang, ada sepohon pokok yang mula layu dan pepohon ini sangat special, mungkin species terakhir di dunia ini! Jadi adakah anda mahu tanam terus di tanah yang kontang itu ataupun anda mahu basahkan dahulu tanahnya supaya ia subur kembali dan barulah anda mula menanam pokok itu?

Sama juga dengan tarbiyah, bila jiwa sudah mula basah, iman sudah mula recharged, hati sudah mula lembut, sedar tidak sedar bila anda dengar alunan surah yang kena pada fahaman anda, air mata yang tanpa disangka-sangka mampu mengalir laju dek lajunya air yang lalu pada daun-daun keladi yang tidak telap dek air. Begitulah erti tarbiyah, ia melenturkan jiwa-jiwa yang keras, menggerakkan badan-badan yang malas. Bercakap panjang tidak guna, tetapi jika mahu rasai, terjunlah ke dalam sangkar tarbiyah! Supaya anda tidak Kering! Kontang.

Sebelum anda tanam pokok di kawasan kering kontang, lebih baik awak suburkan dahulu tanahnya. Barangkali pokok yang anda tanam itu merupakan species pokok terakhir. -Biotek-




Wednesday, October 3, 2012

Di Unjuran Tawakal

Beberapa minggu lepas seorang saudara Muslim dari Mansoura, Mesir singgah di rumah kami untuk berteduh. Beliau datang ke Edinburgh atas tujuan akademik, mempelajari subjek elektif bahagian adrenal/kidney. Seronok menerima tetamu jauh dari negara orang lain dan lebih seronok kerana beliau juga saudara seislam. Berasal dari negara Arab, beliau banyak memiliki kelebihan yang kami tidak miliki iaitu mampu memahami bahasa Al-Quran dengan baik bahkan menghafaz surah-surah serta hadis-hadis.

Banyak yang saya pelajari dari beliau, baik dari segi agama mahupun ilmu umum. Barangkali, begitulah tafsiran kefahaman mafhum hadis berkenaan perumpamaan memiliki sahabat yang baik ibarat bersama tukang jual minyak wangi, manakala bersama sahabat jahat pula ibarat bersama tukang besi.

Semalam adalah hari terakhir sahabat tersebut di Edinburgh. Satu perasaan yang cukup syahdu untuk ditafsirkan pada kalimah lidah, kerana perasaan ini berbaur cinta juga sayang. Sebelum pulang, kami bercadang untuk ke masjid bersama-sama menunaikan solat zohor. Kebetulan hari tersebut ialah hari terakhir beliau, maka sebelum keluar beliau menyerahkan kunci rumah kepada saya dan saya meletakkan di atas meja di rumah. Selalunya masing-masing memegang kunci, tetapi kali ini tidak. Dan saya pula entah bagaimana terlupa membawa kunci saya.

Pulang dari masjid, saya tergamam di depan pintu masuk: "Ya Allah, kunci tertinggal di dalam rumah." "Mungkin Bahaa (nama sahabat saya itu) ada pegang". Saya menunggu dan muncul Bahaa bersama-sama beberapa sahabat lain dari masjid. Mereka datang untuk menemani dan berjumpa Bahaa untuk kali terakhir. Bas yang akan dinaiki Bahaa ialah pada pukul 3.10 petang. Jam tepat menunjukkan pukul 2.00 petang.

Saya menghampiri Bahaa dan bertanya: "Bahaa, do you hold any keys?". Lantas dia tersentak dan berkata: "No, I gave to you just now and you put it on the table". Dalam hati saya: "Ya Allah, baru aku ingat tadi. Ujian untuk kamu Bahaa". Semua senyap seketika. Muka Bahaa tampak sedikit cemas tetapi dihujani ketenangan. Macamana mahu masuk ke rumah ini? Aduh, kedua-dua kunci tertinggal. Lagi sejam, mampukah dapat masuk ke rumah semula? Tiba-tiba idea menjelma: "Is Kamin inside the house?" Bahaa menjawab: "No, I think he was not there". Kamin, salah seorang penghuni rumah Hikari (nama rumah saya) itu. "Ok, lets call him first".

"Hello Kamin, where are you right now, I am amin your housemate". Jarang-jarang saya call Kamin dan Kamin menjawab: "I am in hospital, ada apa?" "Alamak Kamin, I need your help, this is an urgency or emergency, we both, me and Bahaa left the keys inside the house, we need the keys from you, can you make it?" Entah mengapa pada waktu itu hati saya berolak-alik. Takut dan cemas. Kamin lantas menjawab: "Ok, I will make an excuse and try to skip this session, but it might take about 45 minutes to arrive home". Syukur. Tapi....45 minutes? Mampukah? Mampukah Bahaa mendapatkan semula basnya? Saya pasrah. Cuba, usaha kemudian tawakal.

Kami terduduk di depan pintu rumah. Saya tergamam. Sabar. Masing-masing sebenarnya gelabah tetapi mula menenangkan hati. Masing-masing di benak fikiran pasti risau. Saya pula rasa bersalah. Bersalah kerana terlupa bawa kunci dan meletakkan kunci yang selalunya Bahaa pegang itu di meja. "It happens". Saya cuba mententeramkan. Bahaa membalas: "It's ok, no problem". Saya menambah: "This is a test for you Bahaa". Semua senyap. Menunggu Kamin pulang. Lagi 40 minit. Jam menunjukkan pukul 2.15 petang. Sempatkah?

Tiba-tiba Bahaa membuka satu cerita yang cukup melunakkan dan memberi pengajaran kepada saya. There is an ayat of Quran says:

 ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تَÙƒْرَÙ‡ُوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø®َÙŠْرٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تُØ­ِبُّوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َّÙƒُÙ…ْ ÙˆَاللَّÙ‡ُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ْ Ù„َا تَعْÙ„َÙ…ُونَ

Kemudian Bahaa menyambung. "I remembered one story about a man and his horses. This man he owned a group of horses and one day all the horses were left for feeding. When the man come to take the horses back, he found that all the horses were gone." Saya mengangguk terkebil-kebil, masih tidak faham apa yang ingin disampaikan. Bahaa sambung lagi. "Then come the people and said to the man: you are so unlucky and have bad luck! but the main remains calm and uttered the verse ÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تَÙƒْرَÙ‡ُوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø®َÙŠْرٌ Ù„َّÙƒُÙ…ْ which means 'but perhaps you hate a thing and it is good for you'." Maksudnya boleh jadi sesuatu itu kita suka tetapi sebenarnya ianya tidak baik bagi kita.

Bahaa sambung cerita lagi: "Then after few days, unexpectedly, the horses come back with so many new horses and the size of the horse group increases! And people came and said: You got good luck today! but the man responded and said the next verse of the previous verseÙˆَعَسَÙ‰ٰ Ø£َÙ† تُØ­ِبُّوا Ø´َÙŠْئًا ÙˆَÙ‡ُÙˆَ Ø´َرٌّ Ù„َّÙƒُÙ…ْ which means 'and perhaps you love a thing and it is bad for you'.  ÙˆَاللَّÙ‡ُ ÙŠَعْÙ„َÙ…ُ ÙˆَØ£َنتُÙ…ْ Ù„َا تَعْÙ„َÙ…ُونَ which means 'And Allah Knows, while you know not.' And this repeating and repeating again and the man never forget this verse. Always be tawakal in any situation that you work had for it"

MasyaAllah, terdentum hati saya bila dengar cerita dan tazkirah ringkas itu. Kaku dan terharu. Dalam saat-saat rungsing begini masih lagi mengeluarkan kata-kata berilmu dan memberi manfaat kepada orang lain. Benarlah, jika berkawan dengan penjual minyak wangi, wangilah badan kita.

Alhamdulillah Kamin tiba pada pukul 2.45 petang. Kami bergegas mengambil beg-beg yang sudah disiapkan dan bergegas ke stesen bas. Kami berjaya sampai tepat sebelum bas tiba. Sebelum Bahaa menaiki bas, kami berdakapan. Sayu. Kuat dakapan itu. Terima kasih kerana bersama. InsyaAllah kita akan bertemu lagi.

Bila saya pulang ke rumah, satu kata-kata kamin sebelum kami bergegas ke stesen bas masih terngiang-ngiang dalam telinga saya.

Kata-kata kamin: "Do you know after along time i never open my phone and bring together with me, but this is the first day i open and bring my phone with me and you called me"

Sungguh, perancangan Allah terlalu baik.


Teman, sahabat dan ikhwah. Seorang saudara adalah saudara kepada seorang muslim lain. Bersama Bahaa di Princes Street.