Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, August 27, 2009

Jaguh Kampung Itu


Entahlah mengapa entri pada kali ini agak berlainan dari yang sebelumnya. Sedikit pendedahan dibuat tentang zaman kanak-kanak. Seronok apabila memikirkan zaman kanak-kanak dahulu. Hidup penuh dengan keseronokan.

Tambah-tambah lagi pada bulan mulia ini, bulan Ramadhan ini. Seingat aku, bulan sebegini, akan bermulalah musim mercun!! Walaupun meriam buluh sudah tidak popular pada zaman itu, tapi meriam tanah, meriam tin tetap popular. Mercun seperti mercun bola pernah wakty dahulu menghancurkan sebahagian jari tangan aku. Hilang daging-danging merah. Waktu itu, aku ialah seorang hero yang tidak gentar pada apa-apa. Maklumlah zaman kanak-kanak.


Dia memang nakal masa dahulu, Jaguh kampung itu. 1996 (masih kurus)

Dibesarkan dalam persekitaran perkampungan, sememangnya suasana kekampungan sangat menyeronokkan. Setiap bulan pasti ada 'musimnya'. Ada musim bermain wau (layang-layang), main gasing, main 'kayu tiga', masuk bendang sawah padi, musim banjir, musim badminton dan macam-macam lagi. Semuanya seronok-seronok belaka. Ibarat jaguh kampung, setiap permainan perlu dijuarai, dikuasai! Kalau tidak, memang 'down' la kot.

Dulu aku sangat aktif, nakal, dan sememangnya banyak idea gila-gila. entahlah apa yang gilanya, tapi semuanya mematangkan aku. Dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara. Melihat dunia luar bukanlah satu kejutan, anak kampung ini gigih berusaha. Jati diri masih ada. Pantang menoleh ke belakang. Biar tersadung, tapi tetap kena bangu semula. Jaguh kampung ini bukan sebarangan, jaguh kampung ini besar cita-citanya!

Seronok benar waktu kanak-kanak bukan? tapi bila dah besar, barulah faham akan tangggungjawab, amanah, dan tugas yang perlu dipikul. Sekali renung, lebih baik aku jadi batu, bak kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq, lebih baik jadi seeokor burung. Tiada bebanan tanggungjawab. Bahkan jika kambing yang terlepas pun akan ditanya mengapa, kenapa dan bagaimana suatu masa nanti. Inikan pula amanah yang dipikul. Manusia kata mereka mampu, kadang-kadang mereka mengaku tapi penipu. Mereka lupa. Aduhai, Amanah itu paling berat. Amanah itu bukanlah permainan yang boleh disorong tarik macam kereta mainan.


Monday, August 18, 2008

Ramadhan bakal menjelang

Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelma kelak. Aku pasti di kolej aku nanti pasti akan ada pelajar2 yang sibuk memikirkan apakah menu yang lazat untuk berbuka puasa. Mungkinkah menu NGA (nasi goreng ayam), NGDM (nasi goreng daging merah) atau NGP (nasi goreng pattaya) Rashid menjadi pilihan mereka semua. Itu semua bayangan yang wujud di mindaku..
mengikut pengalaman aku, makanan yang ada di DS tidak memadai, biasanya pelajar lebih suka membeli di luar kolej. Maka bazar2 ramadan bakal menjadi tumpuan ramai.

Ramadan yang lepas, aku berada di MRSM langkawi, sebuah maktab yang meninggalkan pelbagai suka dan duka. di situlah aku belajar menjadi seorang insan yang terpimpin dari aspek kerohaniah, aku sedar akan tipuan dunia. Maktab yang aku anggap sebagai wadah jambatan menyambung perjuangan aku.

Adakah aku mampu menjadikan Ramadhan akan datang sebagai ramadhan yang terbaik dalam hidupku, ramadhan yang aku anggap penuh bermakna, dipenuhi ibadah wajib dan nawaffil. Adakah Qiamulail bakal menjadi tabiat aku, insyaAllah.

Aku berharap, ramadhan yang dicintai para mukmin ini mampu mentarbiyahkan diriku agar menjadi insan yang berkeperibadian seorang hamba.

Ayuhlah, kawan-kawanku, aku tidak ingin ramadhan yang akan datang menjadi sia-sia buat kita, marilah kita bersedia-jasmani, mental dan rohani. Marilah bersama..