Showing posts with label didikan. Show all posts
Showing posts with label didikan. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

Antara Kereta Mewah & Anak Soleh Solehah

Baru-baru ini saya berpeluang bersama dengan seorang aktivis dan juga seorang profesionalis dalam bidang kedoktoran iaitu Dr Zainurrasyid. Mungkin sebilangan dari anda cukup mengenali beliau. Semasa menemani beliau bergerak ke Newcastle, banyak beliau berkongsi pandangan dan pengalaman dengan saya. Dan Alhamdulillah, pada kali ini saya ingin berkongsi satu pandangan beliau yang saya kira ramai yang pandang sebelah mata mahupu tidak pandang langsung.

Materialistik
Antara isu yang dibincangkan secara bersahaja adalah berkaitan dengan materialistik yang melampau dalam kalangan masyarakat kita sekarang. Semua ingin mewah. Jika rumah, mahu besar, jika duit mahu banyak. Sampai kadang-kadang tidak memikirkan perkara yang lebih mustahak. Dan isu ini isu yang seringkali kita abaikan.

Kereta Mewah VS Kereta Kodok
Sengaja saya pilih tajuk ini, kerana yang pertamanya ianya memang seperti apa yang diceritakan oleh Dr sendiri kepada saya. Hari ini, ramai yang suka dan ingin memiliki sebuah kereta mewah. Kalau boleh kereta yang orang Malaysia jarang pakai, Audy, Mercedes, BMW, Ferrari dan sebagainya. Jadi, banyaklah wang perlu dibelanjakan. Ada yang gaji tidak seberapa, dalam lingkungan RM 1500 - RM2000 sebulan, tapi masih mahu memiliki kereta sebegitu. saya bercakap dalam lingkungan golongan orang biasa, bukan ahli korporat. Maka lebih banyak duit ditarik masuk untuk membayar duit kereta. Kereta mewah, tapi sejauhmanakah ia memberi kesan kepada hidup kita?

Antara Kereta Mewah Dan Anak Soleh
Ini yang doktor Zainurrasyid kongsikan. Beliau membuka minda saya terlalu luas. Sebelum ini tidak pernah pula saya berfikir tentang hal ini. Beliau sifatkan beliau seorang yang sangat pentingkan pendidikan anak-anak. Beliau sanggup menggunakan kereta murahan dan terpakai. Biarlah sebuah van kodok, mahupun kereta kecil sebesar MyVi. Sudah cukup baginya. Jika mahu beli sebuah Mercedes, terang-terang dia mampu. Tapi kenapa beliau tidak berbuat demikian. Ini jawapannya. Beliau memberi pendapat bahawa dengan membelanjakan harta secara berhemat cukup sekadar boleh hidup dan selesa, sebuah rumah yang sederhana, kereta yang sederhana. Lebihan wang itu kita boleh gunakan untuk perkara pokok. Salah satunya melaburkan duit kita kepada anak-anak. Tempatkan anak-anak di sekolah yang berkualiti, sekolah private lagi bagus supaya anak-anak bisa membesar menjadi seorang yang berkualiti. Duit lebihan jua boleh anda laburkan seperti membeli sebidang tanah dam sebaganinya kerna ia merupakan satu harta yang memberi kesan pelaburan positif. Harganya akan naik tahun ke tahun, berbanding sebuah kereta mewah harganya akan turun mendadak tahun ke tahun.

Habuan dunia dan Habuan Akhirat
Dan apa yang mungkin anda dapat andai kata sebuah kereta yang sederhana dengan duit lebihan itu anda laburkan demi pendidikan anak-anak. Anda boleh dapat kedua-duanya. Anak-anak anda mungkin menjadi seorang yang benar-benar beradab mulia, seorang yang cemerlang akademik, sahsiah, dan mungkin bakal lahir seorang pemimpin yang al-hafiz sebagainya. Anda jua punyai sebuah kenderaan yang mampu dipandu, punyai air-cond, punyai stereng, punyai tayar, punyai semua kelengkapan biasa. Bahkan secara keseluruh anda mendapat habuan dunia dan juga habuan akhirat.

Pentingnya Suasana Dalam Membesarkan Anak-Anak
Saya bukan seorang suami, bahkan seorang bapa, tapi isu ini isu besar. Isu tarbiyah. Isu menggerakkan umat masa hadapan. Kita bukan perlu fikir akan keseronokkan perkahwinan, bahkan lebih dari itu. SaifulIslam dalam karyanya Aku Terima Nikahnya dengan tegas menekankan bahawa erti sebuah perkahwinan bukan setakat menghidarkan diri dari zina, tapi lebih dari itu. Seorang yang benar-benar bersedia adalah mereka yang melihat apa itu lampin anak, susu anak, pendidikan anak, makan minum, suasana kekeluargaan dan saudara mara dan sebagainya. Suasana pembesaran anak-anak sangat penting. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana bi'ah hasanah mampu menjadi seorang individu yang faham akan tuntutan agama. Ibu bapa adalah role model terdekat. Rosak role model, maka rosaklah institusi ini.

Calon Pasangan?
Ya, memang ada juga berbincang tentang calon pasangan ini. Tapi cukup banyak yang sudah perkatakan dalam hal-hal ini. Dan secara kesimpulannya, memilih calon yang benar-benar serasi, berketerampilan, mampu berikan komitmen, dan berbagai macam lagi sangatlah penting dalam membentuk sebuah keluarga hakiki.

Video ini saya petik dari perkongsian saudara Faqih Aqili. Mohon Share sheikh! XD



Thursday, January 27, 2011

Oh Dillema Sang Pemuda

Pillow Talk dan saya
"Amin, macamana ya kalau kita nak tahu dan nak pilih calon kita?" Soal seorang teman yang dirahsiakan namanya tatkala sesi berpillow talk. "Hurm, begini..bla3.." Saya menghuraikan secara terperinci yang mampu saya beritahu. "Macamana kalau kita ada satu pilihan ni, tiba-tiba hadir pula satu pilihan yang lain? Dillema..." Saya terkedu dan tersenyap. Terdiam berfikir seketika.



Satu realiti bukan gurauan
Buat yang membaca, ini bukan satu perbualan mainan, tapi ianya satu luahan rasa bukan dari seorang insan bahkan dari semua pemilik jiwa yang berada di zaman 'bahaya' dalam era pencarian kedewasaan. Pemikiran yang sedang membentuk ke alam yang lebih hebat dan ketara dari zaman muda. Satu niat yang jitu ingin mencari pasangan yang diidami. Inilah satu persoalan yang remeh untuk kita singkapkan tapi penuh satu maksud bermakna bagi insan bergelar pemuda. Bukan sekadar pillow talk biasa, tapi ianya jua satu perkongsian hidup yang bukan mudah untuk dikongsikan oleh orang-orang biasa. Yang pasti, ianya bukan satu persoalan yang mempunyai jawapan pilihan A,B, C, atau D seperti soalan objektif! (Kan senang jika begitu). Ianya memberikan impak yang besar kepada seorang insan bernama lelaki. Ini ialah realiti.

Dr Love vs Saya
"Amin, kau memang Dr Love lah!" Sekali saya ingin menekankan frasa ini yang seringkali menyalahgunakan terminologi Dr Love kepada diri ini. Tidak, saya bukan Dr Love. Mungkin cenderung saya ialah mampu bermain dengan pemikiran ini, tapi saya bukan yang mampu memberi bahkan menasihati. Sekadar mampu berkongsi, dan juga sekadar ingin mengarahkan ke arah yang lebih selamat bagi seorang pemuda yang hidup dah lahirnya dalam Islam. Pemikiran saya yang cuba bawakan ialah, membawa jiwa pemuda agar lebih berani dan mampu mengurus seni perasaan cinta atau mahabah ke arah yang lebih baik mengikut landasan yang ditetapkan!

Dilema Sang Pemuda
Dillema. Oh, engkau hadir di kala diri mereka mula berkecamuk. Kenapa perlu engkau hadir? Pilihan! Ya, ia memberi satu didikan untuk setiap diri membuat pilihan. Pemuda hari ni perlu mampu berfikir di luar kotak pemikiran bahkan mampu melihat 10,20-50 tahun ke hadapan. Corak bagaimanakan otak kita berfikir? Corak hiburan? Corak santai? Corak selama? Anda mampu menjawabnya kerana anda lebih memahami diri anda. Adakah anda sekarang ini masih lagi berfikir laksana seorang kanak-kanak hingusan yang masih berfikir pendek dan suka hiburan? Tepuk lah minda!
Sedarlah, apa yang kita fikir semuanya dipengaruhi oleh bagaimana kita dibesarkan, suasana kita, dan juga pendirian kita. Apa yang kita fikirkan akan diri kita ialah kita yang sebenar. Dari situ membentuk corak tabiat dan tindakan.

Fikir dan berfikirlah
Menjawab persoalan dillema, bukanlah satu perkara yang mudah, Tapi secara peribadi saya berpendapat membuat pilihan merupakan satu usaha yang perlu berterusan, bergerak aktif dan rasional. Pilihlah yang sederhana, terbaik, dan juga mampu diuruskan. Bererti mampu dibawa, dijaga, dibimbing, terbimbing, membimbing, dan juga mampu berdikari. Pandanglah segala pelosok aspek yang anda mahu lihat, tapi membuat pilihan itu bererti anda cuba memilih satu tanggungjawab anda pegang. Itu yang anda perlu faham. Kerna dalam Islam sendiri pun. membuat pilihan itu merupakan suatu perkara yang sangat utama. Satu sistem yang lengkap menekakan aspek pemilihan.

Berani itu KITA
Beranilah wahai pemuda. Tapi tunduklah dikala malam menyepi. Giatkanlah beramal soleh. Umur semakin dewasa! Jiwa semakin kental! Serangan bertubi-tubi makin rancak! Mampukah kita? Tiada yang senang selain pengorbanan. Kita adalah generasi yang melihat, berfikir, bertindak dan memahami. Ayuh kita bangun dari pelusuk yang mencengkam, membina teras diri memacu ke daerah cinta suci! Wallahualam.



" Kita sudah punyai Dilema Melayu, Jangan pula kita timbulkan Dilema Pemuda!" -Amin Rox-

Monday, February 15, 2010

Mendidik dan Terdidik

Kepulangan cuti saya sebenarnya adalah bersama Zahid. Sebelum pulang ke rumah, sempat kami singgah di Alamanda untuk makan di Burger King. Saya tidak melepaskan peluang mengisi perut dengan Double Wooper yang ternyata 'terangkat'. (serius kenyang). Selepas makan, saya mengajak Zahid singgah di kedai mainan. Mencari mainan untuk anak saudara. Dan untuk memilih jenis permainan, saya meminta pertolongan Zahid untuk memilihkan. Syaratnya: permainan tersebut mestilah yang memerlukan pemikiran secara aktif, boleh dimainkan sekurang-kurangnya oleh dua orang ke atas.Cari punya cari, Zahid mencadangkan satu permainan yang bagi saya cukup memenuhi citarasa dan syarat yang telah saya berikan, tambahan lagi, harganya agak berpatutan dan lebih murah dari apa saya bajetkan. Alhamdulillah, save cost!^_^

Maka apabila tiba di rumah. Belum sempat saya membuka dan memberi, mainan tersebut sudahpun diambil oleh anak saudara saya, Aina. "Huish, kalau bab mainan ni laju betoi!" Saya tidak kisah pun. Memang niat hendak bagi pun. "Pi panggil abang (aiman) cepat, ajak main sekali" Mamanya menyuruh. "Meh pak cik ajaq" Maka saya pun mengambil tugas ala-ala mentor untuk mengajar cara bermain. Tertulis di kotak permainan tersebut ialah: "Supernatural Beads". Saya menalaah cara memainkan permainan tersebut. Senang dan difahami. Hanya perlu memasukkan beads mengikut warna yang telah ditetapkan. Belum sempat saya ajar, terus mereka bermain!

Memulakan sesi mentor-mentee, ternyata mereka senang memahami.

TokWan (ayah saya)  turut menolong Aina memasukkan beads ke dalam lubang disediakan

Permainan tersebut ternyata menguji tahap kesabaran. Aina (adik Aiman) give up: "Tak larat, pak cik ganti."
Maka, saya pun mengambil alih tugas membuat seekor kuda dari beads yang halus itu. Sangat memerlukan ketelitian! Aiman siap dahulu dengan lembuya, diikuti oleh saya. Selepas itu mengikut arahan yang tertera pada kota, saya menggunakan strerika untuk memanaskan dan mencantumkan beads tersebut dan akhirnya, Jeng3~ Berbaloi.
Seekor lembu dan seekor kuda siap dikorbankan!



Tahniah Aiman dan Aina! Kamu berdua berjaya melepasi ujian Pak Cik! ^_^

Oops, Ammar maaf, Pak Cik tak belikan pape untuk Ammar, nanti bila besaq Pak Cik belikan ok!

Maka, ini sketsa yang sempat saya buatkan.

******************************************************************
Alkisah~
Dua ekor sahabat berjanji untuk ke kenduri kahwin,

MatBu = Lembu
MatKu = Kuda



Setelah 15 minit menunggu,

Maka MatBu dan MatKu pun pergi makan bersama-sama. Setelah selesai makan kenduri,

Kedua-dua terjelepuk kekenyangan!

Pengajaran Cerita Ringkas Ini:

  1. Tepati Janji dan Waktu

  2. Kalau orang jemput kenduri, pergi

  3. Makan kenduri jangan lebih-lebih, kawal!

  4. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang

  5. (fikir sendiri la apa yang patut) ^_^

********************TAMAT********************

Refleksi (maaf, tiada CAS Hour)
Satu perkara yang ingin saya tekankan. tidak salah untuk kita membeli mainan, tapi pastikan mainan yang dibeli bertujuan yang baik. Pada umur sedemikian, apa yang penting ialah melatih mereka berfikir secara kognitif, dan melatih nilai2 murni seperti kesabaran, ketelitian, kerjasama dan lain-lain. Adalah penting untuk mendidik kanak-kanak untuk proaktif berfikir. Kelak mereka akan menjadi insan yang rajin dan berdaya saing. InsyaAllah. Dan sebagai Pak Cik saya jua merasai bagaimana perasaan bermain dengan toys2 ini. (saya dulu lagi banyak toys). Cuma kadang-kadang jenis toys tu perlu yang bermanfaat.

Dalam hal ini juga, saya berpendapat bahawa, dalam pendidikan kanak-kanak, ibu bapa khusunya perlu memupuk nilai-nilai yang sewajarnya melalui nasihat dan juga pengajaran yang berhikmah. Hal ini jelas dicontohkan oleh Lukmanul Hakim dalam mendidik anaknya. Satu peringatan kepada kita semua yang kelak bakal memiliki keluarga sendiri. Antaranya ialah:

wahai anakku!
tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya.perbuatan ini tidak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.


wahai anakku!
bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. bukanlah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. sesungguhnya nasihat mereka bagaikan mutiara hikmat yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering yang disirami air hujan.
 
Dan juga dapat dilihat dalam surah Lukman itu sendiri seperti yang sedia maklum. InsyaAllah. Sekian.