Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

Umrah Part 2: Misteri Medan Magnet

Sambungan

Sebelum ini saya menceritakan serba sedikit perjalanan umrah saya dan saya mengaitkan dengan sirah Nabawiyah (sirah Nabi), dan semua itu bukanlah lengkap secara total. Banyak lagi yang belum disingkap, insyaAllah jika ada kelapangan masa lagi saya singkapkan. Post kali ini saya ingin menjelaskan bagaimana dengan logik kita dapat membangunkan iman bersempena suatu tempat yang saya lawati di luar Madinah yang dikenali sebagai kawasan Medan Magnet. Ikuti penjelasan saya. ^_^

Mengurus Logik
Apa kaitannya tajuk mengurus logik ini dengan umrah saya? Begini, saya di Madinah bukanlah bererti saya hanya menghabiskan masa di Masji Nabawi 24 jam sehari mengutip segala pahala yang berlipat kali ganda, tidak sama sekali, tapi saya turut berpeluang dibawa berjalan-jalan keluar dari kota Madinah untuk melihat tempat-tempat yang 'membangunkan iman'. Apa erti membangunkan iman ini? Ia berkaitan bagaimana kita menguruskan logik dalam membangunkan iman.Tidak sukar untuk difahami. Nanti saya akak rungkaikan.

Mengenal tahap keyakinan
Jika disebut soal iman ianya berkaitan dengan kepercayaan atau keyakinan yang benar-benar mantap. Tapi itu takrifannya, dan ulama membahaskan bahawa Yakin sahaja dibahagikan kepada tiga bahagian. Dan ini anda perlu faham terlebih dahulu sebelum saya kupaskan cerita yang berkaitan dengan lawatan saya.

Tahap Yakin

Ilmul Yakin- Ini ialah tahap paling rendah dalam aspek keyakinan. Iaitu seorang manusia macam kita yang ada ilmu yakin terhadap sesuatu. Contohnya, "Jika besi dipanaskan, besi akan berwarna merah maka jika kita sentuh panaslah ia". Faham bukan? Simple sahaja. ^_^

Ainul Yakin - Ini pula tahap yakin kedua. Tinggi sedikit level dari Ilmul Yakin. Pada tahap ini, seseorang itu dapat menggunakan matanya melihat ciri-ciri Ilmu yang dipelajarinya. Contoh: "Ooo.. Besi tu warna merah, mesti panas, tak boleh sentuh, bahaya" Simple jer.. ^_^

Haqqul Yakin - Ini ialah tahap tertinggi (mokhsya la orang kata). Pada tahap ini, seseorang itu merasai apa yang diketahuinya. dilihatnya dengan erti kata sebenar. Maka dia akan berasa seolah-olah tiada sebarang rasa syak wasangka lagi terhadap keyakinanya itu. Contoh: "Tangan Amin telah terkena besi yang panas, dia sudah serik dan tidak lagi melawan cakap ibunya supaya tidak bermain dengan besi yang melebur panas"

(Sorry, contoh yang tak logik, tapi asalkan faham baguslah)

Jadi saya assume anda dah fahamlah apa yang ingin saya sampaikan buat masa ini. Macam saya yang pernah buat umrah saya simpulkan Tahap keyakinan bagi saya begini:

Ilmu Yakin :
Buat Umrah itu pahalanya sangat banyak macam buat Haji juga dan memberi impak baik

Ainul Yakin: 
Setiba di Baitullah, saya melihat orang ramai mengelilingi Kaabah dengan penuh tawaduk, khusyuk, dan rajin bersedeqah dan lain-lain.

Haqqul Yakin:
Saya melaksanakan semua ibadah umrah, bersedeqah, bersaie, bercukur, memakai ihram, dan sekarang saya sedar bahawa Umrah benar-benar mendidik jiwa insan seperti kita. Saya ingin buat lagi umrah kalo boleh haji!


FAHIMTU? (Ada faham)
(^_^)

Medan Magnet Dalam Realiti!
Inilah yang saya ingin kaitkan antara 'menguruskan logik', 'Tahap Keyakinan' dan "Medan Magnet'. Sebelum saya tiba di tempat yang digelar sebagai Medan Magnet, Mutawif saya asyik menyebut akan kehebatan Kuasa Allah SWT di situ. 
'Hah? Apa benda pulak la mutawif ni duk cerita, aku sendiri tak tau sangat, saspen tul la.."(ini Ilmul Yakin)

 Dalam perjalanan. kelihatan bukit-bukit mengelilingi (mungkin ada magnet)

Saya bingung, dahla sebut Magnet pun salah, dia sebut Makhnet. (letak khalkhalah sugra lebih). Jadi, saya pun tak kisah sangatlah, asalkan sampai. Tapi sememangya waktu itu saya sudah memikirkan bahawa ada kuasa magnet yang kuat. Cuma tidak dapat dibayangkan.

"Ok, kalian boleh lihat ada kereta dan bas sedang bergerak melawan arah kita, bas-bas itu sebenarnya dimatikan engine atau dalam free gear, tapi bergerak sendiri.." Terang Mutawif. Saya mula kesima. Hah? Ya ka? Cool. Hebat. (Ini Ainul yakin namanya kawan-kawan)

Setiba di suatu tempat, kenderaan bas yang saya naiki berada dalam posisi lebih kurang 10 darjah condong ke hadapan. Maksudnya secara logik. jika dibiarkan ianya akan turun bergerak ke hadapan. Maka Engine dibiarkan dalam free gear. (untuk makluman bas tidak boleh dimatikan engine, jika tak sistem hidrolik breknya tidak berfungsi)



Inilah ia (Haqqul yakin)
Tiba-tiba...

Bas yang saya naiki yang penuh dengan 40 penumpang itu bergerak ke belakang. (reverse la). Perghh.. Biar betul...Kagum2. Subhanallah! Hebat! MasyaAllah. Kuatnya ditarik. Bayangkan bas tersebut mampu berundur sendiri melawan arah bukit. Dush! (Saya pening sementara fikir)
 Suasana dalam bas riuh-rendah tatkala bas itu mula berundur perlahan-lahan (saya pun gelabah)

Kemudian, setelah membuat U-turn. kami berpatah balik, kali ini dibiarkan ia bergerak sendiri, driver hanya mengawal sterengnya. Kelajuan bas dibaca kuat-kuat.60..70..80...100...120 mile/hour!!!
Ini jalannya, tapi ini yang paling atas tempat bas membuat U-turn
(ada jaulan ais krim di tengah-tengah padang pasir, Cool!)

Pemandangan di Medan Magnet
Inilah ia Haqqul Yakin, sekrang saya sendiri pun faham. hebatNya kuasa Allah. 
P/S: Medan magnet ini sebenarnya satu penemuan baru di Tanah Arab. Still dalam kajian. Mungkinkah terdapat magnet satu kutub di situ?? siapa tahu? Wallahualam. (saya teringin sangat mengkajinya, seyes)

Kesimpulan
Pendek kata, setiap kejadian yang terjadi di dunia ini, jika menggukana logik dan menguruskannya dengan baik, Haqqul yakin dapat dicapai dan seterusnya membentuk keimanan yang benar-benar mantap.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan penggantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.
 Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi saeraya berkata: “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.” Ali Imran 190





Blogger Templates

Saturday, July 3, 2010

Umrah dan Ziarah Part 1

"Jika mau rasai tarbiyah sebenar, pergilah ke sana (makkah), anda akan dapat lihat semua manusia di masjidil haram masjid nabawi, berpusu-pusu membuat kebaikan, menegur kesalahan, mendidik anak-anak menangism mengajar al-Quran, membersih yang kotor, senyum mulia, memberi sedeqah, membantu orang kehilangan wang dan macam-macam lagi. Syiar di sana hebat. Pergilah. Anda akan lihat apa itu Islam dan saya yakin ia menyelinap masuk ke jiwa sanubari. Anda akan lihat Islam itu terlalu indah bahkan tiada yang lebih indah..."

-Amin Rox-

 
Perkongsian cerita

Dalam post kali ini dan seterusnya, seperti dijanjikan, saya bakal mengungkap segala perjalanan yang ingin saya kongsikan dengan anda. Bagi yang belum tiba masa dijemput lagi, usah risau, semoga dengan perkongsian ringkas ini mampu memberi motivasi kepada rakan-rakan sekalian. Saya tidak menyusun secara kronologi perjalanan saya kerana saya cuba mewujudkan kesinambungan cerita berserta dengan sirah Rasullah agar dapat difahami semua. Jadi cerita dan gambar ini agak berselerak. Untuk pengetahuan saya berziarah ke Madinah terlebih dahulu selama 4 hari kemudia diikuti oleh kota Makkah selama seminggu. jadi saya letakkan gambarnya mengikut suka hati saya. =)

Pesawat Qatar Airways yang dinaiki.

Hikmah Panas
Pesawat yang saya naiki turun di Jeddah. Iaitu pada malam harinya. Terasa syahdu tatkala kaki menjejakkan kaki di bumi anbiya ini. Suhunya panas, sekitar 40-50 degree celcius, panas. Aduh, terus terasa kesusahan yang dihadapi Rasulullah dahulu. Baru kutahu kenapa Rasulullah membesar di bumi seperti ini. Panas. Saya pun boleh jadi cepat berang, cepat marah. Maka saya pertimbangkan hikmahnya untuk mendidik Rasulullah dan para sahabat erti kesabaran. Kesabaran melawan kepanasan, bererti mampu menangkis segala cabaran.
Subhanallah.

Kenderaan malam : Hijrah Rasullullah
Walaupun saya tidak dapat melihat suasana padang pasir di malam harinya, hanya kelihatan gumuk-gumuk pasir yg besar, perjalanan selama 8 jam menaiki bas ke kota madinah menginsafkan diri. Bagaimanakah Rasulullah ketika dahulu berhijrah hanya dengan unta dan berjalan kaki. Jaraknya lebih kurang 400 km. Jauh. Panas. Terik. Susah. macam-macam lagi. Abu bakar peneman setia.


Gua Thur: Tinggi

 Bayangkan betapa tingginya bukit ini. Orang muda = sejam, Orang tua = Dua jam pendakian.

Alhamdulillah, tatkala saya berada di Makkah pada hari kelapan. saya sempat dibawa ke bukit Thur yang menempatkan gua Thur. Tinggi. Sungguh saya kagum dan berasa teramat kesima. Bukit inilah yang didaki oleh Rasulullah dan Abu Bakar. Asma yang masih kecil sekitar 9 tahun sering membawa makanan kepada mereka berdua.Abdullah bin Abu bakar pula menjadi agen perisik yang sangat mantap, memberi maklumat kepada Rasulullah dan Abu Bakar akan pergerakan orang-orang musyrik.

Di sinilah jua satu ayat yang sering kita dengar:

"Wahai Abu Bakar! Jangan kamu sangka kita berdua sahaja, tetapi Allah ada bersama kita. " Innallaha maana. ketika mereka dikejar oleh musyrikin makkah.

Asma dan Abdullah: Pemuda-pemudi Teladan
Bahkan bagi saya ziarah ini bukan sia-sia. Ada hikmah yang perlu diingati. Kisah gua Thur memberi teladan terbaik kepada diri kita terutamanya golongan muda-mudi. Kedua-dua insan Asma' dan Abdullah masih kecil, namun berjiwa pejuang dan berani. hebat. Didikan dan tarbiyah yang diberi cukup hebat sehingga mereka turut serta membantu perkembangan Islam. Di manakah tahap pencapaian diri kita? Tanya diri jawab sendiri.

Masjid Quba 
 Berbelakangkan masjid Quba'


Saya di bawa untuk menziarahi Masji Quba. Sebelum bertolak, disunatkan untuk berwudhu kerana Rasulullah pernah bersabda yang mafhumnya: barangsesiapa yang berwudhu dan bersolat di Masjid Quba, pahala bersamaan dengan orang menunaikan umrah di Baitullah. Ini ekoran pada satu ketika dahulu, penduduk madinah berasa cemburu akan kelebihan orang Makkah kerana hampir dengan Baitullah. Lantas Rasulullah bersabda sedemikan rupa agar adil jua bagi penduduk Madinah.

Masjid Nabawi
Saya berada di Madinah selama empat hari dan selama empat hari itu, solatnya ialah di Masjid Nabawi. Masjid yang merupakan masjid 'Nabi', kerana disinilah rumah nabi, di sini jualah makam baginda. Dan fadhilat bersolat di masjid ini ialah satu solat seolah-olah bersamaan 1000 kali solat. MasyaAllah, Subhanallah. Sejarahnya, tatkala Rasulullah tiba di Madinah, Rasulullah membiarkan untanya berhenti dan di situlah tertegaknya masjid nabawi yang tanahnya dipunya oleh dua orang anak yatim. Di sini terbukti bahawa semua perbelanjaan hijrah adalah atas tanggungan rasulullah sendiri. Rasulullah membeli tanah itu dengan wang dinarnya. Dan juga betapa harta anak yatim itu wajib dipelihara sehingga mereka dewasa kelak.

 Kubah hijau: di situlah terdapat bawahnya makam Rasulullah

Ziarah Rasulullah
"Assalamualaikaya Rasulullah, Assalamuakaya habiballah". Pilu. Gembira. Syahdu. Berbagai-bagai perasaan. mengalir ai mata. Sememangnya terasa baginda terlalu dekat. Disunnahkan untuk berziarah makam baginda. Ziarah makam ialah ziarah baginda seolah-olah baginda semasa hidup. Disebelah baginda pula ialah makam Abu Bakar Assidq, dan diikuti makam Umar Al-Khattab. Doa-doa dipanjatkan kepada Illahi.


****************************************************************************
Bersambung..





Blogger Templates

Thursday, June 17, 2010

Pemergian ke Tanah Suci dan Ziarah Baginda

Alhamdulillah, sebentar tadi usai Majlis Tahlil dan juga Doa Khas untuk pemergian saya sekeluarga di Masjid Jamek Pekan Kodiang. Tenang terasa di hati. Pesawat ke KLIA bakal berlepas pada 18 Jun 2010 tepat pada pukul 8.50 malam.

Jadi di sini saya memohon maaf segala salah silap, dan juga memohon agar kawan-kawan di luar sana, teman-teman, mendoakan keberangkatan dan pemergian saya sekeluarga ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

Jadi saya tidak akan berada di rumah dan secara automatiknya Handphone saya akan terbengkalai sementara. Segala urusan sila emelkan kepada alamat: aminruk@yahoo.com atau bolehlah menggunakan facebook dan lain-lain. (International Rooming mungkin ada, tapi mahal dan saya tidak ingin diganggu, Fokus!)

Berikut ialah maklumat keberangkatan saya:

Jangkamasa: 19 Jun 10 - 2 Julai 10 (14 hari 12 malam)

Pergi
KLIA-Doha, Qatar :19 Jun 10, Berlepas 0955 - tiba 1220
Doha-Jeddah : 19 Jun 10, Berlepas 1345 - Tiba 1615

Pulang
Jeddah-Doha : 01 Julai 10, Berlepas 1745 -Tiba 2000
Doha-KLIA : 02 Julai 10, Berlepas 0220 - Tiba 1440

Ahli Keluarga/Saudara Terlibat: Seramai 6 orang

Kredit to Andalusia Travel And Tours

Moga-moga kalian juga turut berpeluang menjejaki kaki ke sana jua nanti, pasang niat dan azam! InsyaAllah. (saya sudah tanam azam sejak form 4 dan alhamdulilllah termakbul.)

InsyaAllah, saya akan cuba menceritakan pengalaman dan peristiwa setiba saya di Malaysia nanti. Moga-moga dengan catatan itu nanti dapat dikongsi bersama-sama dengan rakan tercinta. ^_^  Dan insyaAllah akan saya sampaikan salam kepada junjungan Rasulullah semasa menziara makan baginda nanti.

Labbaikallahumma labbaik! 

"Hamba-Mu datang menyahut panggilanMua, Ya Allah hamba-Mua datang menyahut panggilanMua. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMua yang tiada sekutu bagiMu"





Blogger Templates