Showing posts with label Aku di sini. Show all posts
Showing posts with label Aku di sini. Show all posts

Saturday, October 2, 2010

Tuesday, July 13, 2010

Rintihan Seorang Abdi

Susah kukatakan perasaan ini, terkedu dan tak mampu berkata-kata. Hati mana yang tak sedih tiba-tiba ia datang menerpa. Ujian Illahi mula turun. Aku pohon kekuatan diri.


Ya Allah, Ampunkan aku, aku sedar aku hina di sisiMu, aku kerdil lagi hina dina. Maka Engkau lindunglah aku, bantulah aku, aku insan yang menangis keseorangan di kala hati terluka. Di kala aku inginkan pertolongan tapi kadang-kadang aku lupa. maka engkau ampunilah pelusuk dosa-dosaku.

Ya rasulullullah, engkaulah rasul junjungan lahirmua membawa rahmat sekalian alam. Ya habiballah, aku ingin mencontohi segenap lapangan hidup. Aku perlukan teladan mu. Maafkan aku jika aku tidak mampu mnencontohimu semuanya, tapi denga daya upayaku, aku akan terus berjihad di jalanmu itu.


Ibu. ibu. ibu. ayah. aku tak pernah ingin menderhakai dirimu, dan aku juga tak ingin sama sekali menengkingmu, Engkau ialah reda Tuhan. tanpa engkau siapalah aku, Jadi aku pohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku mengaku aku bersalah dan aku perlu masa untuk berubah.

Teman, aku bukanlah insan sempurna. Banyak yang aku kekurangan. Aku di dunia ini mungkin jus sebagai sampah. Mungkin jua sebagai serba-serbi memburuk nama. Tapi aku insan yang ingin menyumbang, punyai hati yang kuat ke hadapan. Aku hadir untuk bersama kalian di medan juang.

Wahai diri yang kejam. Sedarlah engkau kelak engkau akan mati jua. Wahai nafsu yang mengelojak, engkaulah segala-galanya. Wahai minda dan iman, jagalah hati itu sebagaimana ia datang dariNya. Jangan engkau kotori.


Blogger Templates

Sunday, May 16, 2010

Bubur Pun Sodap!


"Malam ni makan apa?" Saya tnya. "Ikan.." "err..ok, thanks"
Nampaknya, KMB Food Court la jawabnya. Sori, mak cik DS, saya bukan tak lalu makan ikan. tapi saya sakit gigi. Bukan ikan sahaja tapi daging pun. kalo ayam, maybe ley consider. ^_<


"Akak, bagi mee kongfu satu ok!" 

Tunggu punya tunggu, siap. Lega. Dah dua hari tak makan carbohydrate, malam semalam pekena ayam KFC, itu pu sekadar meraikan kekawan GTS (geng tidur surau), saya belanja mereka. Sakit juga la walaupun ayam KFC sedap. huhu. Ketika mee kongfu terhidang, fuh, punya la bernafsu nak makan, sekali masuk mulut, kunyah. Aduh...sakit. Silap pula order mee kongfu, lupa. Mee kongfu digoreng. Apa boleh buat, slow-slow la. 

*********************************************************************************  

BESOKNYA


"pagi ini makan apa?" "bubur" "Ok, lega."

Buat pertama kalinya minggu ini saya rasa saya makan benda paling sedap di dunia. iaitu bubur DS!! Yahoo!

Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara. Salah satunya, sihat sebelum sakit. Maka rebutlah peluang sihat itu untuk melaksanakan amal ibadah sebanyaknya. Ini kalau dah sakit gigi pun, nak solat dah tak sekusyuk dulu.

BERSYUKURLAH PADA TUHAN YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PEMBERI..


Monday, June 22, 2009

Pada Malam yang Sepi Ini

Alhamdulillah, post kali ini bukanlah penyambung cerita novel yang entah bagaimana saya tertulis sebelum ini, tetapi post kali ini mempunyai erti yang sangat mendalam pada jiwa dan diri ini.

Post ini benar- benar ditulis pada pukul 4.15 pagi, tatkala manusia melelapkan mata mereka. Sunyi sungguh di ceruk-ceruk KMB ini. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas bilikku yang berputar laju. Kesejukan sekitar 26 darjah Celcius agaknya.

Minggu Penghayatan ISlam baru sahaja menutupkan tirainya dengan jayanya. Syabas diucapkan kepada AJK-AJK yang terlibat, dan bersyukur kepada Allah kerana meudahkan segala perjalanan Program. Dengan tenaga empat kerat yang masih ada, kami, sebagai satu organisasi penegak Kerohanian tetap berjuang di jalan Allah. Biar seribu onak, biar sejuta halangan kami tidak akan mengalah; apalah ertinya hidup tanpa perjuangan. TM-BERKAT, satu organisasi berwajah baru, bercirikan anjakan paradigma dunia Islam baru.

Saya masih tidak mengantuk, sebentar tadi, pukul 11 malam, saya telah terlepas di surau An-Nur, letih pula setelah mengemas rak-rak buku dan naskah Al-Quran. Besok, junior baru akan datang. Jadi, seperti biasa, tanggungjawab perlu dilaksanakan. Biro Musolla bergerak. Nah, sampai tertidur di surau. Bangunya, disapa pula oleh pengawal Kolej, tapi baik juga orangnya, disuruh pula saya untuk terus tidur. Tahjud ditunaikan, saya pulang ke bilik, mencari teman sebilik.

Bising bingit kedengaran apabila kaki saya menghampiri Blok A. Dota, Futsal Malam, sorakan PES, semua kedengaran. Suasana biasa di KMB, dan saya kira di mana-mana pun begitu. Bilalah manusia mahu berubah, tinggal budaya kuning; lantas agungkan budaya Islam. Selang beberapa jam, semua sunyi. Semua dionak mimpi. Menanti besok, sinar baru bakal menjelma.

Besok, saya sudah pasti bertugas kembali. Bertuga dengan gagah agaknya, pasti meletihkan. Tugasku mengangkat bagasi. Urusan BEST Club perlu jua diperhati, moga-moga semuanya berjalan lancar. Amin..

Semesti ini tiada gurauan lagi. Semester ini titik noktah kejahilan. Semester ini tiada gelak ketawa, tiada perkara lagha. Semester ini perubahan perlu dilakukan. Taktik dan strategi perlu direncanakan. Tiada alasan untuk berhenti, walaupun perjalanan pada hematnya masih jauh. Cita-cita perlu dikejar..

Sekiab dahulu..


Sunday, May 24, 2009

Aku ialah Aku

Hati ini ingin berbicara tentang perkara yang lalu
Tatkala pada hening malam sebegini rupa
aku sepatutnya telah lali dionak mimpi indah.

Entah mengapa jua mataku masih gah berjaga
Ingin kembali mengimbau perkara yang lalu
Ingin kembali menginati apa yang telah berlaku
Aku sepatutnya menteliti sejak awal-awal lagi..


Banyak yang telah kulalui, diri masih mencari satu perjalanan yang indah, yang suci; Perjalanan yang ditujui kadang-kadang penuh jua dengan onak duri. Tiada siapa yang tahu melainkan Dia dan aku.

Semenjak perjalanan kujejaki, banyak yang menarik, macam-macam aku pelajari. melihat suasana berubah, aku jua perlu berubah. Aku teringatkan kembali zaman semasa aku masih berada di MRSM Langkawi, jiwaku masih suci, aku ketika itu ialah watak yang aku bina sendiri, dengan kegigihan dan ketekunan. Aku pada masa itu mampu berdiri sendiri, pantang mengaku kalah, dan pantang berundur.

Setelah SPM berakhir, perjalanan aku teruskan, akhirnya di sini jualah aku berhenti seketika. di KMB. Namun, kadang2 aku fikir, apakah perjalanan aku ini benar??? Adakan segala keputusan yang diambil ini tepat?? Tapi, tatkala masih ada yang bertanyakan suatu soalan yang bagi aku, aku telah gadaikan jiwaku deminya.


Biar aku berterus terang, kadang-kadang orang selalu bertanya, "Amin apsal ko x amek medic?". Soalan ini bagiku mempunyai makna yang tersendiri dalam diriku. Aku dahulu memang begitu minat dan yakin untuk menjadi dalam seorang doktor. Bahkan doktor dijadikan pilihan kerjaya yang utama. Namun semua itu hanyalah secebis bingkasan sejarah yang lalu.

Aku pernah termimpi dan terdetik dalam hatiku, " Perlukan aku menjadi seorang doktor kalau hanya sekadar ingin mendapat penghormatan dan gaji yang lumayan?", "Adakah untuk berjaya dalam hidup ini, aku mesti menjadi seorang doktor?" Berdentum hatiku memikirnya. "Ah! biarkan mereka bertanya, mereka tidak mengetahui." aku cuba menenangkan perasaan.

Bagiku, tiada yang lebih penting daripada keikhlasan dan jua kemurnian niat. Walaupun ianya dilihat seakan perkara yang remeh-temeh, namun ialah penyambung jiwa2 yang berjuang. Usah ditakut jika apa yang engkau cari itu memang wujud dan ada. Kelak engkau akan mengetahui.

Aku bisa mengatakan bahawa aku bukanlah insan yang hebat tatkala dirundum kesusahan, aku juga bukanlah sempurna, tapi aku punyai semangat juanga yang tinggi. Mengingati kembali sejarah yang lalu bukanlah jua cara penyelesian, melihat ke hadapan pun belum tentu menjamin kejayaan, penyerahan secara total tanpa usaha dianggap berputus asa. Apa yang penting ialah usaha dan pengorbanan, tiada jalan mudah dalam sen kehidupan. Allah bersama orang-orang yang bersabar..

Kelak, semuanya akan berubah. Matahari bertukat ganti. Siang bertukar malam. Bangunan mencakar-cakar. Masa berlalu ibarat putaran kipas, tiada henti-henti. Semuanya akan berubah. Namun aku tetap aku.





Saturday, September 6, 2008

Aku di sini

Ramdhan di KMB bagaikan sayu mimpi indah bagiku. Di sini tarbiyah diri berjalan seperti biasa. Berada di bulan yang penuh rahmat, berkat, keampunan ini, seolah-olah melupakan aku dari dunia yang penuh hawa nafsu.

Banyak pengalaman ditimba, perit mahupun suka. Barada di KMB, hidup ibarat sebuah roda, setiap hari pasti dipenuhi dengan kerja, assignment dan 'Internal Assesment'.


Aku tetap aku, Aku ialah Amin. Aku yakin dengan keazaman yang tinggi, usaha yang tidak berbelah bahagi, doa, tawakal, siapa sahaja mampu berjaya.

Di sini aku ditempatkan, KMB.. Moga dengan Keredaan-Nya perjuanganku berterusan.
Di sini aku belajar mengenal mereka, golongan yang dipinggir
Di sini aku menjumpai mereka, ibarat sebuah keluarga

Aku di sini, Meniti perjuanganku yang belum selesai..



P/s: perjuangan yang dimaksudkan ialah perjuangan memartabatkan bangsa, agama dan negara. Ayuh!