Tuesday, January 24, 2012

Genetik|Genomic: Erti Sebuah Perkahwinan [Part 1]

Enta Ustaz, tapi saya Bioteknologi
Beberapa minggu yang lepas, saya telah diminta untuk menulis beberapa artikel berkenaan sudut pandangan Bioteknologi akan isu perkahwinan awal. Sebelum itu, ingin saya ingatkan, bahawa bidang ini, iaitu Bioteknologi merupakan sebuah bidang yang sangat menarik untuk diceburi. Bioteknologi merangkumi gabungan beberapa disiplin ilmu yang mantap terutamanya dari aspek genetik, mikrobiologi, fisiologi, biologi haiwan, biologi tumbuhan dan biologi makanan serta kejuruteraan,. Pendek kata, bidang bioteknologi ini sangat menarik untuk diterokai kerana anda pasti terpesona dengan berbagai-bagai cabang ilmu yang perlu dikuasai. Dan saya sendiri mula merasai kesoronokan bidang ini yang tiada taranya. Alhamdulillah diberikan kelebihan dan peluang untuk terus berjihad demi ummat dalam bidang ini. Saya suka menggunakan tagline in: "Enta ustaz, tapi saya bioteknologi". Dalam erti kata, setiap daripada kita wajib menggunakan kelebihan yang kita ada dalam setiap ceruk ilmu demi ummat. Mungkin seseorang itu mahir dalam bidang agama, telah membuat kajian mendalam dalam hal agama, menjadi tanggungjawabnya menerangkan kepada mereka yang masih tidak menguasainya dengan baik, begitu juga dalam bidang bioteknologi ini, menjadi tanggungjawab saya menerangkan kepada masyarakat yang masih tidak celik ilmu-ilmu Sunnahtullah ini.

Erti Sebuah Perkahwinan
Saya pasti, ramai yang akan menamatkan zaman bujang dalam beberapa ketika nanti. Sudah menjadi lumrah fitrah manusia, kebersamaan dan ingin bersama dalam menjalani kehidupan itu satu kepastian. Bahkan Adam dan Hawa diciptakan Allah untuk berkasih sayang satu sama lain. Tidaklah menjadi satu ketidaknormalan sekiranya seseorang itu mahu berkahwin. Bahkan pula terlalu banyak nas-nas dan dalil-dalil menggalakkan kita berkahwin. Kerana perkahwinan bererti kita mula melangkah ke satu alam yang lebih fitrah, iaitu memenuhi fitrah semula jadi kita. Yang tidak normalnya ialah jika wujud insan-insan yang tertarik kepada jantina yang sama lantas secara langsung telah menjadikan fitrah itu sebagai satu kebencian yang besar daripada Allah. Maka apakah erti sebuah perkahwinan? Berbagai-bagai jawaban mampu kita berikan, tapi yang utama ialah menghalakan diri kita ke arah yang lebih baik dalam usaha mencari reda-Nya.

Hakikat sebuah perkahwinan bukan sekadar menyarung cincin

Cabang ilmu memisahkan kita
Inilah isi yang paling utama yang ingin diperkatakan. "Amin, tulislah cepat pasal sudut padangan bioteknologi terhadap perkahwinan di usia muda, aku buta langsung bab genetik dan genomic ni." minta dari seorang rakan.

Betul, saya akui, ramai yang di antara kita terpisah dengan ilmu biologi sejak tingkatan tiga lagi kerana cabang ilmu memisahkan mereka. Ada pula hanya sekadar lepasan SPM dan kemudiannya bertukar arah. Begitu juga perasaan saya tatkala membincangkan soal fizik dan sebagainya. Sebab saya telah terpisah dengan mereka sekurang-kurangnya selepas SPM. Cabang ilmu memisahkan kita.

Genetik dan Genomes
Hakikatnya, genomic manusia kini atas usaha Human Genome Project sekarang tidaklah masih memberi apa-apa impak yang menyebabkan anda rasa ketinggalan bahkan para saintis masih lagi cuba memahaminya sebaik mungkin. Genomic merupakan frasa terminologi yang bererti kefahaman seluruh maklumat DNA yang terdapat dalam diri manusia, iaitu pendek kata ia merupakan 'blueprint' ataupun kod-kod yang merangka seluruh penciptaan manusia. Manakala genetik pula lebih berkait rapat dengan ilmu mengkaji keturunan, salah silah, warisan (inheritance, ie. penyakit, genes dan sebagainya), konsep asas dalam DNA, struktur DNA, dan semua semuanya berkait rapat dengan DNA, rangkuman antara genetik dan genome tidak dapat dipisahkan bahkan genome merupakan kesinambungan daripada genetik. Secara peribadinya, dua bidang yang saling berkaitan ini memberi impak kepada hidup seorang manusia bahkan lagi kepada seorang muslim yang faham akan wujudnya Allah SWT yang Maha Bijaksana. Dalam genetik dan genomes, anda sebenarnya sedang belajar keesaan Allah dan juga kebijsaksanaan Allah dalam menciptakan sesuatu. Tidak ada cacat celanya melainkan hikmah yang tersembunyi. Maka saya akan cuba membincangkan beberapa isu penting menggunakan landasan ilmu asas genetik dan genomic dalam kerangka perkahwinan awal; apa kenapa, dan mengapa.

Perkahwinan dalam usia Muda: Bagus atau Tidak bagus
Dari sudut pandangan bioteknologi, isu ini dapat diteliti dengan baik melalui bidang genetik. Saya memohon maaf terlebih dahulu sekiranya terdapat terminologi yang memeningkan anda, namun saya akan cuba menjelaskan sebaik mungkin. Jawaban untuk bagus atau tidak bagus itu adalah subjektif, tapi secara peribadi selepas mentelaah fakta dan realiti, saya katakan bahawa ianya sangat bagus!

Biologi seorang wanita 
Seperti yang umum kita tahu, telur/ovum (eggs) bagi seorang manusia telah terhasil sejak wanita itu dilahirkan lagi. Semasa bayi, wanita telah menghasilkan beribu-ribu telur melalui proses yang dikenali Oogenesis. Semasa proses ini, ovum telah melalui dua kali proses meiosis di mana pada meiosis I ianya telah terhenti seketika dan bersambung kembali semasa ovulasi dan kemudiannya berhenti pula pada fasa metaphase II. Proses yang terhenti pada fasa metaphase II ini hanya akan bersambung kembali tatkala hanya apabila berlaku persenyawaan dengan sperma si lelaki. Sejak mulanya kitaran haid yang pertama bagi seorang wanita (baligh), maka bermulalah proses ovulasi (ovulation) di mana telur-telur yang telah dihasilkan dengan banyak itu dilepaskan satu persatu untuk dipersenyawakan. Sekiranya tidak dipersenyawakan, maka berlakulah menstruasi (menstrual cycle) kerana pada fasa ini dinding uterus menipis dan sel-sel mati dilepaskan.
Lambang (/) di dalam rajah di atas mengggambarkan proses tersebut terhenti dan bersambung semula pada (/) yang berikutnya tatkala persenyewaan berlaku. Dalam 'range' ini, proses cross-over berlaku pada tahap kritikal. Semakin lama ianya ditahan daripada persenyawaan, semakin tinggi risiko untuk mendapatkan risiko.


Faktor Umur dan Kesannya
Faktanya perempuan lebih dan sangat terikat dengan pengaruh umur berbanding lelaki jika dilihat dari aspek kesuburan. Kajian membuktikan bahawa semakin meningkat umur seseorang perempuan itu semakin tidak suburlah seseorang itu. Bukti yang paling jelas ini ialah kejadian Trisomy 21, ataupun lebih dikenali sebagai Down Syndrome. Down Syndrom disebabkan oleh 'female maternal age effect'. Lamb et al (2005) dalam kajiannya telah menyatakan satu hypothesis bahawa trisomy 21 ini terjadi disebabkan berlakunya 'crossover' yang berpanjangan dan kesannya ialah non-disjunction. Dalam erti kata lain, ia bererti begini; (saya permudahkan bicara) cross-over merupakan satu fenomena biasa di mana dua kromatid (non-sister chromatids) berlainan telah bersilang dan bertukar maklumat satu sama lain. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kepelbagaian genetik. Tetapi disebabkan 'cross-over' ini 'melekat' satu sama lain, maka kesannya ialah berlakunya perpisahan yang tidak serata yang dikenali sebagai non-disjunction, iaitu dua chromosome berpisah secara tidak rata dan menyebabkan terjadinya trisomy. Trisomy bererti tiga kromosom. Pendek kata, semakin lama usia seseorang wanita itu, semakin lama telur berada falam fasa metaphase I di dalam oviduct, semakin banyaklah proses 'cross-ever' berlaku dan semakin tinggi pontesi untuk non-disjunction.


Rajah menunjukkan bagaimana non-disjunction boleh berlaku disebabkan cross-over. 

Statistik menunjukan semakin meningkat individu seorang wanita semakin tinggi kemungkinan untuk mendapatkan trisomi 21

Hakikat
Proses di atas iaitu 'maternal age effect' yang saya terangkan merupakan faktor utama menyebabkan berbagai-bagai syndrom yang mula muncul dalam masyarakat sekarang. Faktor pekerjaan, sistem pendidikan dan masa menjadikan hidup kita hari lebih sibuk daripada insan-insan terdahulu. Hari ini kita terkongkong oleh sistem yang kita buat sendiri. Rata-rata muda-mudi bakal menamatkan zaman mudanya pada usia yang sudah lewat. Alasannya lain tidak bukan kerana sibuk dengan alam pendidikan. Aspek lain pula seperti adat perkahwinan yang menuntut melampau-lampau seperti hantara dan mas kawin yang terlalu tinggi menjadikan nilai perkahwinan itu sudah tidak mula dihargai. Para pemuda kini sudah mula menghadapi dillema yang berpanjangan. Bermula daripada seawal remaja sehinggalah ke alam dewasa. Tekanan sistem yang dicipta atas dasar materialistik semata-mata akhirnya menghantui masyarakat kembali. Banyak kesan negatif berbanding positif. Urusan agama pula mula disusahkan. Hal-hal yang Islam permudahkan dijadikan susah. Adat-adat perkahwinan yang tidak ada dalam Islam mula ditokok tambah. Perbelanjaan hiasan menelan kos yang menggalak pembaziran. Mahu 'dijual' pula si anak kepada orang. Islam hanya meletakkan: Dua saksi, pasangan lelaki dan wanita, wali, dan ijab kabul; walimah maka selesai dan tidak perlu bertepung tawar, batal wudhu pertukaran cincin dan sebagainya. Begitulah introspeksi masyarakat sekarang.

Genetik
Genetik hanyalah memberitahu kita bahawa semakin tua umur seseorang wanita itu maka semakin tidak suburlah ia. Genetik hanya membantu kita memahami, tapi hukum pelaksanaannya telah pun disebut oleh baginda SAW sejak 1400 tahun lalu dan Islam sangat menggalakkannya sebagai jalan yang Fitrah:


Firman Allah SWT:


Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32) 


Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami). (Surah al-Furqaan: 74) 


Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya. (Surah al-Baqarah: 232)


Dalil daripada hadis-hadis pula:


Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu. (Riwayat Abu Ya'la dari Ibnu Abbas r.a) 


Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak. (Hadis yang disepakati ) 



Para sahabat turut menekan, Saidina Umar al-Khatab r.a pernah berkata: 
"Tiada yang menghalang perkahwinan itu kecuali oleh orang yang lemah dan yang membuat maksiat."
 Saidina Abbas r.a. berkata:
"Tidak sempurna ibadat seseorang yang mengerjakan ibadat sehingga dia berkahwin."


Kesimpulan
Kesimpulan ringkas yang mampu saya buat pada part 1 ini ialah bagaimana faktor umur itu sangat memberi impak terhadap kesuburan manusia. Walaupun kita kini sudah mengetahui sedikit sebanyak akan bagaimana ianya terjadi, tapi masih banyak persoalan 'kenapa dan mengapa' ianya terjadi. Human Genome Project mungkin memberi gambar besar terhadap bagaimana genetik dan genome berkait rapat dengan fungsi tubuh badan kita, tapi dalam hakikat sebenar, kita masih tidak menjumpai apa-apa langsung yang memberi impak kepada kita. Bahkan pada saya, Human genome project sememangnya menjadi bukti kehebatan ciptaan ALlah SWT yang ternyata menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dan Islam diturunkan atas dasar memuliakan umat manusia dengan sifatnya yang fitrah, selari dengan mana-mana kehendak genetik mahupun genome! Semuanya ada dalam Islam bahkan ianya selari dengan Sains. Allahuakbar.

Wallahualam, bersambung..

Tuesday, January 10, 2012

Scanner Rosak


Untuk pengetahuan anda, inilah Scanner. 

Scanner fungsinya adalah untuk 'scan' sesuatu objek untuk dijadikan imej.

Tapi..

Kenapa tajuknya Scanner Buruk?? 
 Nanti anda faham kenapa saya letak gambar scanner awal-awal dan tajuknya Scanner buruk.
 Teruskan membaca.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kem kanak-kanak riang
Mungkin pernah beberapa kali kita terlibat dengan aktiviti-aktiviti berkumpulan sama ada dalam program motivasi, program kepimpinan pengawas sekolah, kem-kem pengakap dan sebagainya pada masa zaman sekolah dahulu. Dan saya sendiri sudah tidak terbilang jumlah kem-kem dan program-program yang telah saya sertai. Dalam setiap kem tersebut, pasti ada seorang AJK modul yang menguruskan aktiviti yang ingin dijalankan. Saya sendiri pernah mengendalikan beberapa aktiviti menarik untuk para pelajar sekolah menengah dalam Kem Guidance to Success (G2S) yang dianjurkan secara sukarelawan oleh para pelajar lepasan IB KMB 2010.

Winter Gathering 
Baru-baru ini saya telah menyertai program Winter Gathering anjuran ISMA Eropah, sebuah badan organisasi bebas (NGO) yang mula bertapak di Eropah dalam usaha mengembangkan sayap pendidikan (tarbiyah) kepada golongan pemuda dan pelajar luar negara. Dalam program winter gathering tersebut, satu benda yang agak memberi kesan terhadap diri saya ialah aktiviti yang dipanggil 'Scanner Rosak'. 'Game'nya sama sahaja dengan 'telefon buruk' mahupun 'khabar angin' yang pernah saya main masa sekolah rendah mahupun sekolah rendah dahulu kecuali kali ini kami diberikan peluang untuk menyampaikan mesej gambar melalui mulut ke mulut berkenaan imej asal. Orang terakhir berperanan melakar kembali pesanan yang disampaikan oleh orang sebelumnya. Berikut merupakan hasilnya yang sempat saya ambil gambar.

Imej asal

******************************************************************

Scanner buruk!


Maka jadilah..


Result kumpulan 1 (idea dah ada, tapi orang berfikir pulak takde)

Result kumpulan 2 (ini pasti pelukis komik handalan)

Result kumpulan 3 (Lukisan ini macam lukisan pelajar sekolah rendah > Jangan marah)

 Result kumpulan 4 (ini kumpulan saya >> Failed =__=')


 Result kumpulan 5
 (macam rumah dalam cerita Dragon Ball pun ada, 
tetiba ada bangunan 3 tingkat terapung dalam bulatan >> inikah bola naga?)


 Result kumpulan 6 (Adi?) 


 Result kumpulan 7 (dari tiga tingkat, bangunan jadi tiga bilik, stail jugak)


Result kumpulan 8 (Atap yang melengkoi-lengkoi tepi tu je yg sama)
========================================================================

Scanner buruk 
Maka jelaslah bahawa mempunyai scanner yang buruk memang resultnya tak sama dengan imej asalnya. Mungkin ada dua tiga benda yang hampir sama, tapi mesej asalnya mungkin sudah tidak sama lagi. Masing-masing pasti mempunyai berbeza lukisan kerana memperoleh maklumat asal yang tidak jelas. Orang yang pertama mendengarnya mungkin akan lebih elok lukisan jika diberi peluang untuk melukisnya. Tapi apakan daya dalam game ini, hanya orang yang ketujuh mahupun kelapan sahaja yang boleh melukis setelah mesej-mesej asal disampaikan secara lisan dari seorang individu kepada yang lain.

Adakah kita scanner buruk?
Sama jua dengan Islam, barangkali kefahaman kita jua pasti tidak sama dengan kefahaman para sahabat, para salafus soleh. Bahkan kita jua berpotensi menjadi 'scanner buruk' terhadap gambaran Islam yang sebenar. Lantas kita mempamerkan akhlak yang tidak sehaluan dengan akhlak Islamiyah. Kita menyebabkan Islam itu dipandang buruk, kita menyebabkan Islam itu dibenci kerana kita menjadi scanner yang buruk. Kita tidak mempamerkan ciri-ciri Islam yang sebenar kerana kita tidak mendapat kefahaman seperti para sahabat dan hal inilah yang menjadi faktor utama kenapa Islam makin jauh dari manusia.

Hati dan Akhlak
Tapi dalam apa jua keadaan, kita masih diberi dua panduan utama yang jika kita mengikutinya tidak akan sesat selama-lamanya, lain tidak bukan Al-Quran dan As-Sunnah. Persoalannya, adakah kita benar-benar 'scanner buruk'. Mungkin 'receiver' kita sudah tidak berfungsi lagi. Biarlah kuasa 'transmitter' itu dipancarkan sekuat mana pun andai kata receiver kita rosak maka tidak akan memberi apa-apa impak. 'Receiver' ataupun hati kita sudah penuh dengan karat-karat jahiliyah lantas menjadikan kita tidak lagi menampilkan Islam dengan kefahaman yang jelas seperti para sahabat yang mana mereka bolehlah kita katakan sebagai 'scanner berfungsi'. Hati mereka hati yang sama dengan kita, tapi mereka meninggalkan jaihiliah sebenar-benarnya lantas menggenggam izzah Islam itu sekuat-kuatnya. Umar pernah berkata bahawa kemuliaan kita bukanlah kerana eloknya pakaian yang dipakai, tetapi kemuliaan kita kerana Islam. Allah muliakan kita kerana Islam. Hebat, mereka scanner terbaik! Dan Rasulullah SAW merupakan insan mulia yang menjadi contoh teladan terutamanya dalam hal akhlak. Apabila Saidatina Aisyah ditanya akan akhlak Rasulullah, beliau berkata, akhlak Rasulullah adalah akhlak Al-Quran.

Hati itu ibarat cermin dan Allah itu adalah Cahaya, Hati yang bersih dari kekotoran akan bergemelapan apabila menerima cahaya laksana sebuah cermin yang apabila dihalakan cahaya akan memantulkan cahaya yang bergemelapan. Manakala hati yang  kotor pula ibarat cermin yang muram dan pudar. 
- Mafhum kata-kata Imam Al-Ghazali-


Polemik Scanner buruk
Ada bermacam-macam jenis kefahaman yang mula menular dalam diri kita, kadang-kadang kita melihat Islam itu dari satu aspek, kadang-kadang pula kita faham dengan cara yang lain dan berbagai-bagai Imej islam kita cuba gambarkan. Adakalanya Islam itu digambarkan hanya dengan novel-novel Islamik, movie-movie Islamik bertemakan cinta semata-mata, adakalanya pula kita mempamerkan Islam itu hanya pada serban dan jubah putih yang kita pakai. Ada pula yang beranggapan bahawa Islam itu hanyalah politik semata-mata. Berbeza sungguh kita. Berbeza. Banyak orang banyak ragamnya. Di manakah kefahaman kita yang sama?

Golongan yang 'selamat' juga ditimpa bala
Lebih ekstrem, sedikit yang cuba memahami akan Islam, tetapi begitu ramai di luar sana terutamanya golongan muda-mudi yang hanyut jauh dari Islam. Ada yang melepaknya, merempit, keterlanjuran, buang anak, kes pergaduhan, buli, dan berkasar dengan ibu bapa serta bermacam-macam lagi. Islam semakin jauh daripada generasi seperti kita. Adakah kita sekadar mahu biarkan ianya berlaku tanpa ada rasa belas kasihan. Kita mungkin di pihak yang 'selamat' dari aspek ilmu dan keagamaan, Allah berikan kita kefahaman Islam paling tidak kita faham apa itu Islam dan Iman. Bagaimana pula dengan rakan-rakan di sana? Di manakah kedudukan kita dalam membanteras semua ini? Tahukah anda jika bala Allah turun, semuanya akan ditimpa sekali sama ada golongan 'selamat' mahupun sebaliknya? Nah, kita tiada pilihan.



Peranan pemuda
Amnya, masih banyak lagi 'scanner buruk' dalam diri kita yang perlu kita atasi. Golongan muda-mudi macam kita perlu lebih banyak bermujahadah ataupun 'struggle hard' untuk mendapatkan semula 'Tsaqofah' Islam ataupun kefahaman Islam yang sebenar. Golongan muda mudi perlu mampu mendapatkan konsep kefahaman Islam secara menyeluruh. Gesaan ini bererti gesaan berjihad kerana kita tiada masa lagi menangguh-nangguh masa yang ada. Kerana kewajiban kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Kita perlu berusaha sedaya upaya membaiki diri kita yang mungkin ibarat 'Scanner buruk' ini menjadi 'Scanner yang berfungsi' lantas mampu membawa pembaharuan dalam hidup, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

Kesimpulan
Perkara utama yang perlu kita terapkan dalam diri kita ialah marilah bermuhasabah diri adakah selama ini kita memperoleh kefahaman Islam yang sebenar? Scanner buruk itu hanyalah sekadar perumpamaan untuk kita lihat bagaimana sekiranya kita memperoleh kefahaman Islam secara tidak jelas, maka hasilnya sudah pasti tidak jelas dari yang asal. Banyak percanggahan daripada imej asal. Anda boleh lihat sendiri hasil imej-imej yang discan daripada koleksi gambar-gambar di atas. Itulah kita. Hidup satu perubahan. Maka dari sini kita perlu mulakan satu titik perubahan. Mencari Tsaqofah Islam yang sebenar. Generasi kita generasi harapan. :)


Sekarang pasti anda faham kenapa saya letak gambar scanner awal-awal bukan? 

Gambar je Scanner baru, tapi tajuknya Scanner buruk.

So that..Sama-sama kita

At least dalam bayangan tu ada la nak berubah jadi Scanner Baru Beli. ^_^ 



Saturday, January 7, 2012

Mentadabburi Alam & Hikmahnya

Puing-puing Ujian selerak berterbangan,
Angin Scotland seolah kembali bernyawa,
Tabah dan tawakal jadi medan kekuatan,
Susah senang, Moga Allah terimanya. 


Khazinatul Asrar
Baru-baru ini saya berkesempatan untuk berjaulah bersama beberapa orang rakan yang sedang belajar di Scotland yang rata-ratanya pelajar University of Edinburgh, Herriot Watt Univerisity dan Dundee University. Jaulah bererti mengelilingi ataupun pusing-pusing. Dalam erti kata sebenar, ianya sejenis permusafiran kita berjalan-jalan mengelilingi sesuatu tempat dengan tujuan yang pasti dan jelas. Jaulah saya pada kali ini adalah dengan menaiki kereta yang dipacu sendiri. Jaulah menyelusuri bumi Scotland yang penuh dengan 'khazinatul asrar', iaitu khazanah yang tersembunyi. Berikut merupakan imbauan perjalanan saya.


Bumi Scotland
Bumi Scotland memang kaya dengan flora dan fauna, gunung-ganang yang menghijau. Scotland yang terletak di Utara United Kingdom merupakan salah satu tanah besar yang mandiri dan penuh misteri untuk diterokai. Dahulunya Scotland merupakan sebuah kawasan yang dipenuhi hampir 85% tumbuh-tumbuhan dan hutan. Namun kini, dianggarkan sebanyak 5-15% sahaja lagi yang tinggal akibat kesan pembalakan dan penerokaan manusia. Namun, latar belakang bumi Scotland masih kekal sehingga kini. Scotland memang unik kerana ia memiliki 'karakter'nya yang tersendiri. Edinburgh yang merupakan pusat bandar utama menampakkan keunikan sebuah sub-negara yang unik ini. Kebanyakannya yang tinggal di kawasan utara adalah mereka-mereka yang sudah lanjut usianya dan hal ini memungkin sesiapa sahaja untuk melihat peribadi rakyat UK yang sebenar. Peramah dan mesra.


Destinasi yang ditujui: Inverness, Loch Ness, Isle of Skye, Perth, Dundee, dan Portree. 


Ujian Ringan
Perjalanan jaulah tersebut telah mengambil masa selama 3 hari 2 malam. Dua buah kereta yand disewa telah dipacu merentasi tanah besar Scotland yang berbukit-bukau. Ujian pertama hadir tatkala ribut kuat mula melanda di pagi hari. 'Red Zone' katanya. Melayang-layang juga kereta yang saya pacu. Akibatnya, Forth Bridge telah ditutup dan hal ini menyebabkan perjalanan kami tergendala. Forth Bridge merupakan jambatan utama yang menghubungkan rentasan menyeberangi sebuah muara besar ke Higlands. Perjalanan kami disambut dengan hujan salji di tengah-tengah perjalanan. Pertama kali juga membawa kenderaan di dalam keadaan salji. Alhamdulillah, semuanya selamat.


Salju Tidak Jemu
Dalam perjalanan itu, kecantikan alam semula jadi menunjukkan rupanya. Samar-samar kelihatan keputihan yang teramat di ufuk awan pergunungan. Oh, snow! Gunung yang penuh dengan salji. Salji yang suci. Biarpun kadang-kadang terasa bosan dengan salji, namun biarlah berapa kali pun, saya pasti tidak akan jemu dengan ciptaan Allah yang unik ini. Menarik siapa sahaja mata memandang. Subhanallah.


“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, serta pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat ALLAh) bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAh…” – 'A li ‘Imran : 190



Berhadapankan sebuah tasik dikelilingi bukit-bukau keputihan




Memang sukar nak cari pemandangan seperti ini tetapi mengingatkan kita kepada penciptanya Yang Maha Esa

 Urquhart Castle, bersebelahan dengan Loch Ness, iaitu mitos naga yang muncul di tasik


Ukhuwwah itu sebuah kemanisan


You will never found this in Malaysia. Alhamdulillah, kutemui.


Laskar Pelangi


Hikmah Kembara

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).


Banyak hikmah yang boleh kita perolehi daripada berjaulah, antaranya ialah:

1. Mentadabburi alam ciptaan Allah
2. Meningkatkan iman dan keyakinan terhadap hari akhirat dan hari pembalasan (surah-surah makkiyah memberi berbagai-bagai hentaman terhadap kejadian alam)
3. Mengeratkan ukhuwah silaturahim
4. Merasakan kekerdilan diri kepada Sang Pencipta
5. Mendidik diri menjadi insan yang sentiasa berfikir dan menelaah alam
6. Mendidik jiwa menjadi individu yang lembut hatinya
7. Melatih diri berdikari dan kemahiran kepemimpinan
8. Melatih diri menjadi insan yang terurus mampu berurusan
9. Mencintai alam semula jadi dengan menjaga alam persekitaran
10. Menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan otak

Adab-adab permusafiran dan kembara
Adalah menjadi satu perkara yang kurang enak sekiranya adab-adab permusafiran tidak diikuti dengan baik, sebagai seorang muslim, hendaklah kita memastikan adab-adab yang digariskan oleh Islam ini diaplikasikan dengan baik. Antaranya:

1. Melantik seorang ketua yang layak membimbing perjalanan dan patuh pada arahannya
2. Solat sunat musafir sebelum bertolak.
3. Membaca doa musafir dan doa menaiki kenderaan
4. Sunnah bersama-sama bernasyid dan berzikir semasa dalam perjalanan
5. Memperbanyakkan doa (mustajab)

Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”

6. Mengingati Allah SWT dalam setiap waktu dan keindahan ciptaannya.
7. Tidak merosakkan alam sekitar dan menjaganya dengan baik
8. Disunnahkan bermusafir pada hari Khamis.

Reda Allah
Apa-apa sekalipun, sentiasalah berlapang dada dan sabar dalam menelusuri kerenah-kerenah rakan, ujian, dan segala macam dugaan. Dan tidak lain dan tidak bukan, semua yang kita laksanakan adalah berpaksikan kepada prinsip utama, iaitu mencapai mardhatillah (reda Allah) dan menggapai Mahabahtullah (cinta Allah). Sekadar coretan ringkas. Wallahualam.